20 Ogos 2013

Bila Orang Islam Dan Melayu Lupa Agama Dan Adat





Masihkah anda ingat akan artis yang juga model terkenal suatu ketika dahulu iaitu Azah Aziz yang telah lama menetap di Montreal, Canada suatu ketika dahulu selepas berkahwin dengan seorang lelaki “mat salleh”.

Kini timbul pula gambar-gambar di instagram yang sedikit membuatkan peminat di Malaysia terkedu. Bukan apa, ada antara komennya seperti sudah mengamalkan budaya hidup berbeza dari sebelumnya.


Salah satu gambar yang telah dikongsi oleh Azah Aziz menerusi akaun Instagramnya telah menimbulkan rasa kurang senang para peminatnya. Dengan hanya berbikini, Azah menulis caption yang bermaksud lebih kurang “Saya tahu di Malaysia adalah Ramadhan tetapi di sini sekarang sedang musim cuti“. Gambar tersebut telah pun dibuang oleh Azah.

Malah ada juga yang mempertikaikan kelibat Azah yang nampak seperti menghadiri parti bertemankan arak dan tidak mengikuti ajaran Islam. Pasti Azah selaku orang dewasa tahu baik buruk kehidupannya sendiri.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /