Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan
Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut
cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang
benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan
Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi
menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
Jelas di dalam Al-Quran telah disebutkan
bahawa orang kafir terutamanya Kristian dan Yahudi tidak akan berpuas hati
sehinggalah seluruh umat Islam tunduk kepada mereka. Ini dapat dilihat sejak
dari zaman bermulanya Islam sehinggalah sekarang.
Orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetap
dengan misi utama mereka iaitu untuk melihat umat Islam berpaling arah dan
mengikut cara hidup mereka. Peperangan dan tentangan golongan Yahudi dan
Kristian ke atas umat Islam telah berlangsung beribu tahun lamannya. Namun
begitu, dengan tamatnya perang Salib, umat Islam telah alpa dengan kemenangan
yang telah dicapai oleh panglima agung Islam, Sultan Salahuddin Ayubi.
Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila semua umat Islam bersatu padu tanpa
memikirkan ideologi dan pelbagai fahaman setiap kumpulan atau individu yang
mengaku dirinya Muslim.
Apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) telah dapat
ditawan oleh tentera Islam, umat Islam di seluruh dunia mula alpa dan orang
kafir pula sibuk mencari tempat di dunia. Lantas, mereka menjelajah sambil menakluk
hati dan perasaan umat Islam. Umat Islam pada ketika itu kuat dari sudut
ketenteraan dan kekuatan fizikal. Orang-orang Islam telah tersilap dengan
menyangka serangan yang akan dilancarkan oleh musuh-musuh Islam adalah dengan
peperangan. Sedangkan musuh-musuh Islam di seluruh dunia menggunakan pelbagai
cara alternatif untuk mempengaruhi umat Islam dalam bentuk yang lebih halus.
Di Malaysia, agenda pemansuhan Islam telah
dilaksanakan apabila Portugis/British/Belanda menjejakkan kaki di Malaya.
Apabila penaklukan mereka gagal untuk mengubah iman dan akal umat Islam di
Malaysia, maka mereka menghantar pula pendakwah-pendakwah mereka untuk
menyusupkan ideologi Kristian di dalam pendidikan moden Malaya.
Namun begitu, usaha mereka hambar apabila
ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh
mempersiapkan anak-anak mereka di rumah dengan ilmu agama yang mencukupi sehingga
tidak ada pun anak Melayu yang tergoncang iman mereka dek penangan layanan
mesra para mubaligh.
Orang Melayu “kebal” dengan hasutan para
mubaligh, ini kerana sifat orang Melayu yang lemah lembut tetapi cekal hati
yang telah menyebabkan ramai mubaligh-mubaligh ini pulang ke negara mereka
dengan tangan kosong.
Kini Malaysia telah dilanda dengan serangan
baru puak Kristian dan musuh-musuh Islam yang lain. Oleh kerana mereka tahu
umat Islam di Malaysia sangat mudah untuk di provokasi, mereka melaksanakan
perancangan halus yang akan mengubah seluruh senario keagamaan di Malaysia.
Seperti kata-kata Datuk Ambiga Seevanesan
“Saya berani bercakap pasal Islam, kerana PAS bersama saya” jelas menunjukkan,
golongan Kristian dan musuh Islam di Malaysia sedang menggunakan teknik terbaru
yang akan melaga-lagakan umat Islam di Malaysia agar Kristian dapat berkuasa di
Malaysia.
Apabila sesuatu golongan yang dikenali oleh
rakyat Malaysia sebagai pejuang agama Islam memberikan sokongan kepada golongan
yang menentang Islam secara terang-terangan dan halus, apa yang boleh dikatakan
oleh umat Islam di Malaysia?
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa
selepas tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian dan semua
masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia akan dijadikan Gereja.
Perkara ini tidak pasti sama ada benar atau tidak, namun angin yang membawa
khabar itu cukup kencang sehingga apabila siasatan dibuat, sememangnya ada
perjumpaan paderi-paderi besar Kristian yang membincangkan kemungkinan yang
serupa.
Ini semua berlaku apabila umat Islam berpecah
belah dan membenci antara satu sama lain. Sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia
bersatu, tidak akan ada seorang pun orang KAFIR di Malaysia yang berani
mengangkat kepalanya dan bertindak biadab kepada Islam dan umatnya.
Penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan
kepada umat Islam di Malaysia. Ramadan yang lepas, pasangan Kristian Alvin dan
Vivian telah mengeluarkan gambar yang mengajak umat Islam untuk berbuka puasa
dengan hidangan khinzir. Diletakkan pula logo halal di dalam gambar tersebut.
Terbaru, sebuah surau di Johor telah
dijadikan tempat sembahyang agama Buddha. Ini merupakan satu penghinaan yang
amat dahsyat untuk umat Islam di Malaysia.
Di mana golongan yang sibuk menceritakan
bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia. Di mana golongan yang sering
menggunakan kitab Allah untuk mencari publisiti murahan dan meraih undi? Di
mana golongan yang mengatakan kerajaan Malaysia ini kafir dan zalim, hanya
kerana pemimpin tidak memakai serban, berjubah dan berjanggut? Golongan ini hanya duduk diam kerana mereka
telah diikat oleh orang-orang Kafir dan mereka juga akan sentiasa menentang
pemimpin Islam di Malaysia.
Kesimpulannya, apa yang telah sedang orang
Kristian, Yahudi dan golongan musyrikin lain adalah kesinambungan usaha untuk
menghancurkan Islam oleh nenek moyang mereka. Umat Islam patut sedar bahawa
mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menghancurkan agama suci ini.
Oleh itu, golongan “ulama’” yang memberi
perlindungan kepada Kristian, Yahudi dan kafir musyrikin yang sedang giat menyerang Islam di Malaysia
haruslah berhenti dari memberi bantuan kepada mereka. Jangan kerana politik
mereka sanggup menggadaikan iman dan masa depan anak cucu mereka. Golongan ini
perlu sedar, serban dan jubah mereka tidak akan menyelamatkan mereka daripada
azab Allah yang menunggu mereka di Alam Barzakh, apabila pengkhianatan mereka
terhadap agama Allah akan dinilai dan dihukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan