Seorang kakitangan
awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point,
di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina,
awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun
ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan
kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai
penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan
polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.
Ketua Polis Daerah
Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik
dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.
“Ketika serbuan,
mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat
terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan