Gara-gara gagal
memberikan RM70 sepertimana dikehendaki anak lelakinya berusia 20-an, seorang
ibu berusia 41 tahun nyaris ditikam dengan pisau selain ahli keluarga lain turut
diugut untuk dicederakan. Suspek bagaimanapun ditahan penduduk sebelum
diserahkan kepada polis dan ketika ditahan, suspek bertindak agresif
bagaimanapun dinasihatkan supaya mengikut arahan diberikan polis kepadanya.
Ibu suspek yang
bimbang keselamatan ahli keluarga lain kemudiannya membuat laporan di Balai
Polis Kulim kira-kira jam 7 petang kelmarin. Menurut mangsa, suspek selalu
mengamuk di rumah dan akan meminta wang dari mangsa atau adik-beradik yang
lain.
Katanya, suspek akan
bertindak lebih ganas mengugut mereka dengan menggunakan parang dan pisau
sekiranya enggan menuruti kehendaknya dan suspek yang bekerja sebagai pembantu
kantin pernah mencederakan ahli keluarganya.
“Anak saya itu
merupakan seorang penagih dadah. Dia pernah memukul adiknya sehingga cedera dan
lebam. Kami bimbang dengan ugutan yang sering dibuat terhadap kami.
Apabila kehendaknya
tidak dituruti, suspek akan bertindak ganas dan mengambil parang dan pisau
untuk mengugut untuk mencederakan kami sekeluarga sekiranya tidak mematuhi
arahannya.
“Bimbang berlaku
kejadian lebih buruk pada masa akan datang, saya terpaksa membuat laporan polis
bagi memastikan kami tidak terancam. Ini bukan kali pertama suspek mengugut
kami malah ia sering dilakukannya,” katanya.
Suspek kemudiannya
dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air
kencing dan siasatan awal mendapati dia positif dadah.
Ketua Polis Daerah
Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum ini suspek pernah ditahan
kerana mengamuk dengan menggunakan parang. Katanya, ketika polis tiba ke
rumahnya, suspek melarikan diri dengan menyorok di atas siling rumahnya.
“Ketika pemeriksaan
dijalankan, polis mendapati suspek membawa pisau dan gunting bersamanya
bertujuan untukmencederakan orang lain. Bagaimanapun polis berjaya menahan
suspek dan mengarahkannya untuk bekerjasama.
“Suspek akan ditahan
dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya 1957 kerana
memasukkan dadah ke dalam badan manakala kesalahan kedua akan ditentukan oleh
pegawai penyiasat kerana mengugut ahli keluarga dengan menggunakan senjata
tajam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan