06 September 2013

Isu Gambar Anu : Adi Putra Tak Lari, Cuma Tak Nak Ganggu Siasatan




Dunia hiburan semalam di’kejutkan dengan berita tentang Adi Putra yang di’dakwa jalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus suami orang sehingga ianya membabitkan siasatan pihak polis ketika ini.

Pasti ramai ingin mengetahui reaksi isteri Adi Putra, Aida Yusof tentang kontroversi ini. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Aida Yusof berkata yang isu skandal Adi Putra ini tidak mengganggu keharmonian rumah tangga merea kerana beliau lebih tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku dan akan terus berdiri di’belakang suaminya.




“Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya,” kata Aida Yusof.

Aida Yusof turut menjawab yang tindakan Adi Putra mendiamkan diri apabila di’hubungi media bukan kerana mahu melarikan diri tetapi tidak mahu mengganggu perjalanan kes yang kini dalam siasatan polis. Mereka akan mengadakan sidang media secepat mungkin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /