BADUT RAKYAT SAYS
Penubuhan Kor Tani Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada tahun lalu kini berupaya menyediakan 700,000 peluang pekerjaan dalam sektor pertanian,khususnya kepada generasi muda menjelang 2020.Menterinya,Datuk Seri Noh Omar berkata ia berikutan komitmen dan semangat ditunjukkan golongan itu, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) begitu tinggi hingga menjadikan sektor pertanian semakin diminati orang muda.
"Sejak dilancarkan,kita berjaya mengumpulkan 5,283 ahli membabitkan peserta pasar tani, usahawan kecil dan sederhana,peladang,penternak,siswazah dalam bidang pengeluar atau pemasaran serta individu yang menerima peruntukan kementerian atau pinjaman Tekun Nasional (TEKUN).Hingga akhir tahun ini,kami menyasarkan keahlian 10,000 orang muda berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya selepas melancarkan Kor Tani MOA peringkat Zon Selatan serta penutupan Kursus Membina Pasukan Kor Tani MOA di Kem Permata Resort Ayer Pa'abas........READ MORE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan