Wanita
UMNO Johor akan menolak unsur-unsur kenegerian dalam pemilihan jawatan Ketua
Wanita pada pemilihan parti itu Oktober depan. Ketua Wanita UMNO Johor
Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, pihaknya meletakkan kepentingan parti
sebagai keutamaan dan menekankan pemilihan untuk jawatan itu berdasarkan merit.
Ini
adalah sebahagian usaha pihaknya dalam mengukuhkan kedudukan parti.
“Setakat
ini kita dengar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mempertahankan jawatan
itu manakala Datuk Seri Azalina Othman Said menyuarakan hasrat untuk mencabar
jawatan itu.
“Walaupun
Azalina merupakan orang Johor, kita akan memilih calon wanita berdasarkan
merit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan
UMNO negeri di sini semalam.
Sebelum
itu Wanita UMNO Johor menyatakan sokongan kepada Shahrizat sebagai ketua
pergerakan itu dan pada masa sama menghargai usaha-usahanya bagi mengukuhkan
pergerakan itu.
Sharifah
Azizah berkata, tiada kepincangan yang berlaku dalam pergerakan itu sejak
diterajui Sharizat malah berjaya meningkatkan sokongan pengundi pada Pilihan
Raya Umum yang lalu.
“Lebih
jelas, penambahan sokongan pengundi kepada UMNO turut meningkat hasil program
Jalinan Rakyat yang dicetuskan Shahrizat hingga pergerakan ini menjadi entiti
yang kuat sebagai sayap parti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan