Sebelum ini pelakon comel, Nora Danish pernah
dikaitkan bercinta dengan seorang anak Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan iaitu Nadeem, akan tetapi pelakon tersebut telah menafikan
dakwaan itu dan menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.
Namun begitu pelakon genit ini pernah akui
bahawa dia tidak akan menolak sekiranya bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.
Terbaru, Nora Danish telah memuat naik
beberapa fotonya bersama Nadeem di laman Instagram dan melalui sekeping foto
yang dikongsikan itu, terdapat segelintir peminat telah memberi tanggapan buruk
terhadap jejaka tersebut sehingga membuatkan aktres jelita ini terpaksa membidas
perspektif berkenaan.
Menurut Nora Danish, dia lebih mengenali
Nadeem dan meminta agar semua peminatnya turut menghormati jejaka tersebut
seperti mana yang dilakukan olehnya.
Atau, apakah Nora kesal dengan kontraversi yang melanda kekasihnya itu baru-baru ini? Apapun jawapannya.. hanya mereka yang mnegetahuinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan