Setelah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13
lalu, puak-puak pembangkang sudah tak tentu macam cacing kepanasan. Kesan
paling besar adalah kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Beliau telah
berjanji kepada pengundi Cina bahawa dia akan menjadi perdana menteri dan
pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan pusat menggantikan Barisan Nasional.
Kedua-duanya tidak menjadi kenyataan. Maknanya
Anwar adalah pembohong paling besar yang bukan sahaja telah menipu orang Cina
tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Kini orang Cina terutamanya
penyokong-penyokong Dap amat marah dengan Anwar kerana beliau gagal untuk
'deliver' atau mengotakan janjinya.
Pengundi Cina sanggup bergadai golok dan
berpatah arang dengan BN kerana percayakan Si Anwar ini tetapi akhirnya mereka
kena kencing. Orang Cina rugi besar kerana bukan sahaja mereka kena kelentong
dengan Anwar tetapi sokongan bulat
mereka kepada pembangkang pada PRU13 telah menyebabkan orang Melayu amat marah.
Kini orang Cina terpaksa membayar kesilapan
besar mereka dengan menerima penangan dari orang Melayu yang telah memulakan
kempen boikot barangan Cina selepas pilihan raya. Anwar pula apabila mengetahui
tembelangnya pecah dan sudah tidak dipercayai lagi sebagai pemimpin pembangkang
mula menyusun strategi untuk terus menipu rakyat.
Antara terbaru ialah dengan membuat cerita
yang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menemuinya di
Jakarta untuk menawarkan kerajaan perpaduan. Kononnya Anwar akan dilantik
sebagai timbalan perdana menteri II dan empat jawatan menteri akan diberikan
kepada pembangkang.
Sebagai balasan, Anwar akan menghentikan
serangan politik terhadap kerajaan pimpinan Najib dan pecat Khalid Ibrahim
untuk serahkan Selangor ke pangkuan BN. Najib menafikan semua itu dengan
mengatakan ia adalah satu fantasi rekaan pembangkang yang sudah kering modal
politiknya.
Sememangnya tidak masuk akal dan diterima
logik kerana banyak kelemahan dalam teori kerajaan perpaduan itu. Pertama,
tidak ada pertemuan di Jakarta, yang ada hanyalah usaha orang tengah oleh
mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang ingin melihat PRU13 berjalan
dengan baik dan kedua-dua BN dan pembangkang menerima apa jua keputusan dengan
sikap terbuka.
Kedua, Najib dan Anwar bersetuju untuk
bertindak sebagai 'gentleman' jika mana-mana pihak yang menang tetapi Anwar
yang menandatangani surat perjanjian yang mengandungi terma-terma yang
dicadangkan Jusuf dan bukannya Najib.
Kini setelah reda isu 'persetujuan' Jakarta,
Anwar pula menimbulkan satu lagi pembohongan dengan mengatakan beliau
ditawarkan bersama BN membentuk kerajaan perpaduan. Ini satu lagi perkara yang
tidak logik.
BN telah menang dengan 133 kerusi berbanding
89 untuk pembangkang. Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN masih boleh
membentuk kerajaan dan hakikatnya pembangkang tetap menjadi pembangkang di
Parlimen.
Apa perlu perdana menteri mahu berganding
dengan pembangkang untuk membentuk kerajaan lainlah jika jumlah kerusi milik BN
hanya lebih satu dua kerusi dengan pembangkang. Najib bukannya bodoh untuk
membawa masuk musuh politik ke dalam kerajaan pimpinannya yang akan membawa
bala kepada BN.
Semua rakyat Malaysia, Anwar seorang yang
tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat. Jika dia
boleh mungkir janji untuk bersara dari dunia politik sekiranya kalah dalam
PRU13 dan berbohong pasal isu kerajaan perpaduan, bolehkah dia dipercayai
menjadi rakan kerajaan perpaduan yang setia?
Anwar akan terus memintal dongengan dan
hikayat untuk menutup segala pembohongannya kepada penyokong-penyokong
pembangkang. Seperti budak yang seringkali berteriakkan serigala, Anwar
akhirnya akan keseorangan apabila dibaham oleh penipuannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan