09 Januari 2014

Pertubuhan Kristian Bantah, Penggunaan Sebaris Ayat Jawi di Papan Tanda Sekolah




Belum pun isu mengenai kalimah Allah reda, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.

Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi, yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.



Ini kerana, menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian. Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian, yang dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant Jesus’.

Paling menarik perhatian, apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN.

Menurut sejarah, sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka. Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.

Namun selari dengan peredaran masa, semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam erti kata mudah, sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.

Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara, semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan.

Maka persoalan yang timbul ialah, mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?

Kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’ merasa tidak selesa dan kurang senang.

Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /