09 Januari 2014

Justin Bieber Telah Rasmi Bersara?


Mimpi ngeri bagi setiap mereka yang menggelarkan diri mereka Beliebers akhirnya menjadi kenyataan apabila Justin Bieber telah mengumumkan persaraannya daripada menjadi seorang bintang yang juga penyanyi, semalam.

Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri idola remaja terkenal dunia tersebut di dalam laman Twitter rasminya dengan kemaskini status berbunyi “Wahai peminat tercinta, saya bersara secara rasmi” dan telah menjadi hadiah Krismas yang tidak akan dilupakan para Beliebers.

Justin yang kini berusia 19 tahun itu sememangnya aktif di Twitter dan pengumumannya itu menimbulkan tanda tanya kerana tiada pihak yang tampil mengesahkan status tersebut termasuklah pihak pengurusan penyanyi itu.

Walaupun dilihat menulis akan bersara secara rasmi namun jika dilihat laman Twitter dia telah membuat kemaskini status susulan yang berbunyi “tidak akan meninggalkan peminatnya” disamping menyelar pihak media yang dikatakan cuba menjatuhkan penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu.

Tweet yang berbunyi “Media banyak memperkatakan tentang diri saya.“Banyak penipuan dan mereka mahu melihat saya jatuh. Namun saya tidak akan meninggalkan kamu (Beliebers). Menjadi Belieber adalah satu gaya hidup” seakan kecewa namun terpaksa akur dengan hakikat dunia hiburan.

Hal mengenai persaraan Justin Bieber mula menjadi hangat apabila penyanyi itu sendiri ada memperkatakan tentang hasratnya untuk bersara di sebuah wawancara radio minggu lalu.

Semenjak daripada itu semua Beliebers tidak senang duduk dan terus berteka teki. Hari Krismas yang berlangsung semalam telah dilalui dengan pahitnya oleh peminat setia penyanyi ini dan telah menulis sekali lagi di Twitter

“Berbuat baiklah sesama kita. Sempena Hari Krismas ayuh kita saling bermaafan. Saya disini selamanya” sekaligus memohon maaf sempena perayaan terbesar penganut Kristian itu.

Ada sumber mengatakan bahawa pengurusnya, Scooter Braun dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi jagaanya itu akan diberikan masa selama setahun untuk berehat setelah bekerja tanpa henti sejak mula popular di usia 12 tahun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /