Penyanyi nasyid
tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial
yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman
media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Beliau yang juga
merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas
sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita
mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
“Nampaknya kita lebih
gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul”
luahnya di laman Twitter miliknya semalam.
Paling menarik, status
tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju
dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status
tersebut sebagai ‘favourite’. Apabila beliau menggunakan status yang sama di
laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan dikongsi oleh 1,082 orang.
Isu #kangkung mula
menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan
dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis
penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.
Tidak ketinggalan media
dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan
suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu
berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.
Sedangkan secara realitinya
#kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya
pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata
mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan
kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan
asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.
Selebihnya yang tidak
termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar,
pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya
turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil
kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.
Malah ada sesetengah pendapat
yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja
dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan
kerajaan.
Berbalik kepada isu yang
dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan
mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan
mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan
tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.
Selain mengalihkan
perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di
kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba
ditutup oleh pembangkang.
Contoh polemik penggunaan
kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,
penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna
media sosial berhubung isu #kangkung :
Mega Sutera
isu
kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini
kejayaan kacang merah?
Saikopen Saiko
Kaum
cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya
bukan ayatnya...
Saikopen Saiko
cuba
lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT
LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU
PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG
ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK..
AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..
Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak
Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.
Firdaus Azil
The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated
reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering
yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly
FarEast Roslan
nk
buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib
sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la
apa pun,tetap org pusing..
Nur Arisyah
bodonye......pm
kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg
slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu
Aisyah Haziq Haiqal
Apa
ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu sangat watpe...manusia2 yg
suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita
bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma manusia biasa..xda
sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah
diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita
sendiri.salam maulidur rasul....
Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan
para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat
kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan
masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Salam Maulidur Rasul buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan