10 Januari 2014

Video : Bekas Ratu Venezuela Di bunuh


Caracas: Bekas Ratu Venezuela, Monica Spear, 29, dan suaminya seorang warga Britain, Thomas Henry Berry, 39, ditembak mati di dalam kejadian rompakan di sebatang lebuh raya di barat laut negara itu lewat malam kelmarin, kata polis.

Laporan menyatakan pasangan itu dirompak sebelum dibunuh selepas kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan. Anak perempuan mereka, Maya Berry Spear yang berusia lima tahun cedera di kaki kanan, namun stabil selepas menerima rawatan.




Langgar objek keras

Pengarah Forensik Polis, Jose Gregorio Sierraltapil, berkata ketika kejadian, kereta yang dipandu keluarga berkenaan terlanggar objek keras yang diletakkan di atas jalan memaksa mereka berhenti.

Ada kemungkinan objek itu sengaja diletakkan sebagai sebahagian modus operandi rompakan bersenjata yang dirancang, katanya.

Beliau berkata, Spear kemudian menahan trak tunda, yang terus berhenti untuk membantu kereta yang tersadai antara jalan Puerto Cabello dan Valencia di negeri Carabobo

Ketika dua pekerja trak tunda mengendalikan kren, lima lelaki bersenjata muncul secara tiba-tiba. Pengendali trak terus lari ke stesen polis kira-kira 1.5 kilometer, manakala Spear, Berry dan anak mereka tadi mengunci diri dalam kereta untuk menyelamatkan diri.
Namun, penjenayah melepaskan tembakan bertalu-talu sebelum meninggalkan mangsa tanpa mengambil apapun, katanya. Sementara itu Menteri Dalam Negeri Miguel Rodriguez berkata, lima suspek ditahan untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Beliau juga berjanji akan meningkatkan usaha untuk membanteras jenayah di negara itu. Penyiasat menunda kereta pasangan itu dan mengambil kenyataan dua operator trak tunda. Spear, finalis peringkat suku akhir pertandingan Ratu Universe 2005, pernah membintangi drama bersiri terkenal seperti Pasion Prohibida, dan Flor Salvaje.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /