24 Januari 2014

TIkus Kena Seksa Sebab Makan Duit



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sayangi dan dikasihi semua. Kat sini mesti ramai yang tak suka dan geli dengan tikus bukan? Walau sehajat mana pon binatang kita sebenarnya tidak boleh menyiksa mereka kerana mereka juga makhluk tuhan. Lebih baik dibunuh terus jika haiwan tersebut mengancam keselamatan atau haiwan perosak. Di Palestine lain pula ceritanya dimana seekor tikus yang didapati telah memakan duit gaji seorang lelaki telah disiksa.

Mesti anda tertanya-tanya mengapakah seekor tikus ini dilihat dalam keadaan keempat-empat kakinya diikat setiap penjuru. Kasihan apabila melihatnya. Difahamkan, tikus itu diikat oleh seorang lelaki kerana terlampau geram dengan haiwan tersebut yang memakan semua kepingan not kertas hasil gajinya diterima. Memang sakit hatilah. Tetapi tindakan sebegini ternyata menyeksa haiwan berkenaan.



Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.

Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya dan memakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.

“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /