Tindakan bodoh pemimpin PKR, yang membakar dan memijak bendera Jepun ketika melakukan protes yang dihadiri oleh 15 orang semalam akhirnya telah menyebabkan rakyat Malaysia yang berada di negara mata hari terbit itu menerima kesannya.
Ini kerana tindakan biadab dan keterlaluan itu telah mendapat liputan yang meluas khususnya dari pihak media negara di sana. Menurut para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara itu, rata-rata masyarakat Jepun merasakan tindakan pemimpin PKR itu sebagai tidak matang dan kebudak-budakan.
Ini kerana, tindakan pihak Imigresen untuk tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dari memasuki negara itu bukan bermotifkan tekanan atau disebabkan arahan kerajaan Malaysia seperti yang didakwa oleh mereka.
Malah pihak media Jepun telah melaporkan kegagalan Anwar untuk masuk ke negara itu kerana tidak memohon visa perjalanan terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, ia disebabkan oleh salah Anwar kerana enggan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Semalam pihak media di negara ini melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengetuai satu himpunan di hadapan kedutaan Jepun sebagai tanda bantahan.
Sejurus selepas menyerahkan memorandum bantahan, himpunan yang hanya dihadiri oleh 15 orang itu telah bertindak di luar kawalan dengan memijak dan membakar bendera Jepun.
Menurut salah seorang rakyat Malaysia yang berada di sana, Murni Hayati beberapa hari sebelum insiden yang memalukan itu, salah satu rancangan televisyen di Jepun ada menyiarkan mengenai perasaan rakyat negara itu. Namun disebabkan tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka yang ingin membodek Anwar itu, masyarakat Jepun mula memandang serong terhadap Malaysia.
“Liputan Jepun masuk kes bakar bendera Jepun. Kami dan student (pelajar) di sini yang terima akibat. Bukan Malaysia je jadi buruk nama, Islam pun terpalit sama. Allahurabbi, ceteknya akal!!!.
“ Baru je masuk rancangan tv betapa orang Jepun sukakan Malaysia, korang pi wat hal nape, huhu,” luahnya di laman Facebook.
Selain daripada itu, salah seorang ahli perniagaan yang pergi ke negara itu semalam turut meluahkan rasa kecewanya kerana merasakan tindakan bodoh itu telah menyebabkannya menerima layanan yang kurang memuaskan dari pihak berkuasa Jepun.
“Hish, abang non (Anwar) punya fasal kita pun check kaw2 kat airport ni. Mengong punya olang.. “ luah Kamal Shah.
Kesimpulannya kenyataan Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan di tambah dengan tindakan para macai yang ingin mengampunya dengan memijak dan membakar bendera telah menyebabkan nama baik negara tercemar.
Malah sekiranya isu ini tidak dibendung, ada kemungkinan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia – Jepun akan turut terjejas. Dan yang paling penting nasib dan keselamatan para pelajar, ahli perniagaan dan rakyat negara ini yang sedang berada di sana juga boleh terancam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan