10 Januari 2014

Pelakon Transformer Hantar Gambar Kemaluan


LOS ANGELES, 9 JAN 2014: Pelakon Shia LaBeouf akui telah menghantar sekeping gambar 'anu' miliknya kepada team produksi Lars Von Trier untuk filem Nymphomaniac.

Shia LaBeouf, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana itulah permintaan yang dibuat oleh team produksi tersebut, namun ia membuatkan team aktor tersebut berasa gusar.

Katanya lagi, dia percaya itulah ujian yang dilakukan oleh pihak Lars Von Trier terhadap dirinya iaitu dia perlu menghantar gambar zakarnya itu pada tempoh masa yang tertentu menerusi online jika mahu terlibat di dalam pengambaran Nymphomaniac.

Jelas Shia LaBeouf, dia mengambil masa selama 20 minit untuk menghantar gambar tersebut dan ia membuatkan pihak produksi Lars Von Trier percaya bahawa dia memang bersedia untuk berlakon di dalam filem tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /