Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat
Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi.
Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.
Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.
"Itu isu yang kita bincangkan sebab
kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-turn' itu. Itu yang kita nak
penjelasan. Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti," katanya.
Ini kerana, melalui Kongres PKR yang
berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang
ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti, sekaligus dimaklumkan kepada
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih
tiada sebarang pengesahan sama ada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli
Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas
arahan Khalid.
Azmin yang juga merupakan Ketua PKR
Selangor semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara
itu. Dia walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara
itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat
lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.
Isu mengenai pemecatan Azmin ini, telah
menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai
satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan yang
dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran
Khalid sebelum ini.
Antaranya berhubung keputusan kerajaan
negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota
pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus. Selain daripada itu, Azmin juga
dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran
tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan
negeri pada 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli
Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan malam
tadi walaupun sudah diberitahu. Malah, wakil daripada pihak Khalid juga tidak
hadir.
"Dia (Khalid) tak datang. Dalam
(mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis
negeri. Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk
hadir," katanya lagi.
Sebelum ini, pelbagai gesaan sudah
disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan
PKR. Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya
menghantar wakilnya sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan