13 Januari 2014

Johon As'ari Sengaja Sebar Cerita Bohong??




KECOH dengan kisah cinta tidak menjadi antara Johan As’ari dan Lana Nordin. Saya hanya ketawa mendengar orang merungut kenapalah Johan bercinta hangat-hangat tahi ayam je? Dia jumpa orang ini dua tiga hari, kemudian putus dan sambung bercinta dengan orang lain pula dan kemudian putus lagi.

Semua ini adalah strategi pemasaran. Saya lihat Johan bijak memasarkan dirinya. Yang nampak tak cerdik adalah orang di luar sana. Yang benar-benar cerdik ialah Johan.


Lihatlah bagaimana dia berjaya memanipulasi kisah hidupnya. Daripada percintaannya dengan Nabila Huda, dia kemudian mengaku bercinta pula dengan Shila Amzah. Kemudian pula dengan Lana Nordin. Dan selepas ini artis mana pula yang akan menjadi mangsa, kita tunggu dan lihat sahajalah.

Kalaulah esok, lusa timbul isu Johan As’ari berkata dia nak kahwin dengan hantu kubur, kita jangan terkejut pula kerana itu semua strategi yang disusunnya.

Bayangkan daripada segi nilai berita, Johan berjaya mendapatkannya secara percuma dalam jumlah jutaan ringgit.

Sebagai contoh katakanlah satu laporan muka surat penuh sesebuah akhbar yang menyiarkan kisah Johan, nilai iklannya ialah RM8,000. Kalau dalam tempoh sebulan akhbar berkenaan menyiarkan empat kali kisah cinta tak menjadinya itu, ia telah menelan belanja RM32,000.

Itu untuk sebuah akhbar. Kalau ada lima akhbar, portal, majalah dan rancangan hiburan TV yang menyiarkan topik berkenaan, tidakkah Johan mendapat nilai jutaan ringgit kos promosi percuma?

Sebab itulah saya kata Johan seorang yang bijak. Dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan publisiti berbanding tauke bedak sejuk yang terpaksa buat pinjaman bank untuk membeli iklan di akhbar, majalah atau televisyen.

Johan hanya menggunakan air liurnya sahaja untuk mendapatkan publisiti dengan cara paling mudah.

Saya melibat bagaimana Johan berjaya menggunakan pengaruh orang yang mempunyai nilai berita tinggi untuk meraih populariti itu.

Dek kerana itulah seperti yang saya katakan, kalau dia kata nak kahwin dengan hantu kubur pun selepas ini janganlah percaya kerana itu semua strategi dia sahaja.

Johan berjaya memperdayakan orang-orang di luar sana termasuklah pihak media bagaimana dia harus melakukan sesuatu agar namanya sering menjadi bualan kerana ia adalah perkara penting yang seharunya dilakukan oleh seseorang artis.

Ketika bilangan artis semakin bertambah, golongan ini perlu bersaing untuk mengekalkan populariti masing-masing. Kalau tidak... hancurlah kerjaya mereka.

Kejayaan seseorang dalam industri hiburan di negara ini diukur berdasarkan populariti. Selagi mana mereka popular, selagi itulah mereka akan disanjung walaupun kualiti lakonan mereka hancur lebur.

Tidak ramai orang bijak seperti Johan yang melihat politik dalam dunia hiburan sememangnya perlu untuk kerap muncul dalam media massa bagi mengekalkan nama.

Sebab itulah Johan tidak kisah walaupun apa pun orang hendak kata gara-gara cinta hangat-hangat tahi ayam yang dirancangnya.

Yang bodoh sekarang ialah mereka yang terpengaruh dengan cerita bohong Johan itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /