22 Januari 2014

Insiden Memalukan : Rosmah Di Boo, Anwar Kena Halau Di Jepun




Para pengguna media sosial semalam, tertanya-tanya apabila macai pembangkang mengatakan kononnya berlaku episod yang memalukan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya di boo.

Para pencacai pembangkang mendakwa insiden itu berlaku ketika Rosmah menyampaikan hadiah di Terbuka Malaysia 2014 kepada Datuk Lee Chong Wei. Mereka cuba menggambarkan kononnya ia berlaku sebagai reaksi spontan penonton yang hadir pada ketika itu.



Walaupun pada mulanya para pencacai merasakan ia sebagai satu ‘kemenangan’ buat mereka, namun masih ramai yang melahirkan rasa  simpati atas tindakan biadab itu.

Rasionalnya, ramai yang merasakan sekiranya benar perkara itu terjadi, tindakan kurang sopan itu jelas memberikan tanggapan buruk khususnya kepada para penyokong negara jiran yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Namun apabila diselidiki, rupa-rupanya ia hanyalah satu ilusi dan rekaan semata-mata. Menurut sumber dan mereka yang hadir pada ketika itu, insiden ‘boo’ yang berlaku semasa Rosmah menyampaikan hadiah itu ditujukan kepada pemain Indonesia yang tidak menunjukkan semangat kesukanan selaku pemain bertaraf profesional di peringkat antarabangsa.

Ini kerana, mereka cuba mempertikaikan keputusan pengadil semasa bermain pada set kedua yang dilihat tidak bersungguh-sungguh menentang Chong Wei.

Menurut penganalisis politik, isu tersebut mungkin sengaja direka bagi menutup dan mengalih pandangan rakyat berhubung insiden yang menimpa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini kerana menurut laporan media, Anwar telah ditahan oleh pihak Imigresen Jepun dan tidak dibenarkan dari memasuki ke negara itu.

Malah menarik pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki ke negara itu, dan mengarahkannya untuk mengambil penerbangan pertama untuk pulang ke Malaysia atau ‘dipaksa’ untuk dihantar pulang.

Walaupun sehingga kini tiada sebarang jawapan pasti yang diberikan mengenai halangan tersebut, namun para pencacai pembangkang merasakan ia merupakan satu kejadian yang memalukan dan segera meletakkan kesalahan tersebut kepada kerajaan Barisan Nasional.

Ironi mereka secara tidak langsung telah memberikan penghargaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana sebalik dakwaan yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional selama ini lemah dan dipandang hina oleh negara luar, ternyata Najib masih mampu ‘mengarahkan’ kerajaan asing untuk akur dengan kehendak kerajaan Malaysia.

Kesimpulannya pembangkang telah terperangkap dengan permainan mereka sendiri. Pada satu segi mereka cuba mewujudkan persepsi kononnya semua perkara buruk yang menimpa mereka adalah merupakan arahan dan salah kerajaan.

Sedangkan di masa yang sama, mereka terpaksa memastikan imej pembangkang sentiasa bersih di mata rakyat, walaupun pada hakikatnya rakyat tidak lagi bodoh untuk melihat dan menilai sesuatu perkara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /