Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
27 Februari 2014
Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Dibina, Bukti Kerajaan Tunai Janji Demi Kepentingan Rakyat
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.
Khalid Tandatanggan MoU, Anwar Dakwa Dia Dan Parti Tidak Dimaklumkan.
Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.
Azmin Saman Akhbar Suara Keadilan?
Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.
26 Februari 2014
Wahai Hijabist-Hijabist Melayu.....
Tiap2 minggu aku layan rancangan "Saffiya" lat TV9 sebab aku memang suka tengok apa yang hijabist2 ni tengah trendingkan. Aku banyak genetik feminin dalam diri aku kot? Nasib baik wife aku selalu bukak jadi aku ada la alasan kata wife aku yang nak tengok padahal dia tak tau, bila dia tak ada pun aku akan tengok.
Hadi Kena Saman, Pas TATAP Sokong Anwar dan PKR
Ramai di kalangan
penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang
dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Calon BN di Pilihanraya Kecil Kajang
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BN Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, serta Presiden MCA YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mewakili BN sebagai calon pilihanraya kecil Kajang ini.
Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat
Dalam memastikan
masyarakat memahami pendekatan Wasitiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh
Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).
Penasihat Agama
kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan
Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana
Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8
April 2014.
25 Februari 2014
Bala Di Selangor, Khalid Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi Anwar
Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.
Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.
Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara
Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.
Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
Kajian Dipengaruhi Anwar, Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaid Ibrahim
Universiti Malaya perlu tampil menjawab apakah benar dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa kajian umum ke atas politik Malaysia oleh sebuah pusat pengajiannya dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan ini sangat serius kerana ia boleh menjejaskan kredebiliti Universiti tertua Malaysia ini.
Hari ini Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RM 2 juta: Calon PKR buktikan Hadi Awang Penipu
Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selepas Tipu India Di Kg Buah Pala, Anwar Tabur Janji Manis Di Kajang
Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.
Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.
22 Februari 2014
"Rasa seperti ada darah keluar dari kaki," ujar anak lelaki sulung Azizul dan Shalwati
Anak lelaki sulung pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, Ammar terus mengejutkan mahkamah dengan beberapa pengakuan dipukul oleh pasangan itu pada hari ketiga perbicaraan, Khamis.
Azmin Masih Mempunyai DNA Umno
Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja dilakukan.
Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.
Wan Azizah Tak Setuju Anwar Jadi Menteri Besar
Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.
20 Februari 2014
Pernah dipukul seribu kali, dakwa anak
STOCKHOLM: Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak-anak mereka, berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013.
Memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, Ammar,12, berkata beliau juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.
Direjam gara-gara Facebook
DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.
Orang Luar Jangan Campur Politik Sarawak
Ketua Pergerakan Pemuda Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sesawang sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-buruk pucuk pimpinan negeri Sarawak.
Sebarkan!!!! Gambar PEROGOL Budak 4 Tahun
Gambar diatas adalah SUSPEK MD ZAIMY ASRUL B ABDL RAZAK (910513-07-5693), berbangsa Melayu yang dari Pulau Pinang dan sangat DIKEHENDAKI OLEH PIHAK POLIS (PDRM).
Hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat - Harussani
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.
Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Ustaz Puaka, Rogol Pelajar Kolej
Kuala Lumpur: Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali (bukan nama sebenar) menjadikan teman wanitanya tempat melampias nafisu setiap minggu datang ke ibu kota.
Paling menjijikan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.
Maya Karin Belum Mahu Kahwin
Heroin filem 'Ombak Rindu', Maya Karin menjelaskan yang dia kini tiada sebarang perancangan untuk menamatkan zaman solonya pada tahun ini.
"Setakat ini untuk tahun 2014, saya belum ada lagi perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Bercakap pasal kahwin, bukan dalam masa terdekat. Saya mahu fokus kepada kerjaya sahaja terlebih dahulu," ujar Maya ketika ditemui sebelum majlis tayangan filem 'Sejoli' di Cathay Cineplex, Damansara pada Jumaat.
Diana Danielle Cerita Pengalaman Perit
Pelakon filem ‘Sembunyi’, Diana Danielle menceritakan pengalamannya dalam merakamkan tiga buah lagu untuk filem terbarunya yang berjudul ‘Kami Histeria’. Filem terbitan Red Films, Marna Films dan Astro Shaw ini sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Februari lalu.
#PRKKajang Selepas Bangla, Pembangkang Kaitkan Myanmar Sebagai Pengundi Hantu
Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.
Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.
Lelaki ugut sebar gambar aib bekas isteri
Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin. Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.
6 Natural Ways to Lower Your Blood Pressure
1. Lend a hand.
New research shows that helping out does more than fill you with a warm feeling; it also gives your heart a boost. Adults ages 51 to 91 who volunteered for 200 hours per year-or about 3 hours per week-lowered their risk of hypertension (high blood pressure) by 40%. Visit VolunteerMatch.org to search for an opportunity near you.
Rakaman Perusuh Thailand Kena Tembak
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh ketika pasukan keselamatan Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan antikerajaan untuk merampas kembali bangunan kerajaan yang dikepung penunjuk perasaan, di sini hari ini.
19 Februari 2014
Misi #LangkahKajang Bakal Menjadi Kubur Buat Anwar
Walaupun Ketua Umum
PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun
Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan
kegusaran yang sedang melanda dirinya.
Ini kerana, di dalam
sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun
boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan
pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.
JAWI Akan Lakukan Siasatan Terhadap Kassim Ahmad
KUALA LUMPUR - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu.
Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengenalpasti beberapa orang saksi yang menghadiri seminar berkenaan.
Kenyataan Rasmi JAKIM Berhubung Kassim Ahmad
Kenyataan Rasmi JAKIM
Berhubung Kassim Ahmad
Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut :
#LangkahKajang Gerakan Membunuh Politik Azmin Ali
Ramai yang tidak terkejut
dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan
hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden parti itu Mei depan.
Dalam wawancaranya
dengan The Ant Daily, Anwar dilaporkan berkata, sejak setahun lalu isterinya (Wan
Azizah) telah menyatakan hasratnya yang ingin bersara bagi menumpukan perhatian
bersama Anwar dan cucunya.
PDRM monitoring foreign political meetings in Malaysia
KUALA LUMPUR - The police are monitoring foreign political meetings being held in Malaysia to prevent any untoward incidents due to conflicts in the countries of their origin, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said here today.
“Of course their activities will be closely monitored…That is why we don’t encourage them to hold meetings here. But this is a free country. Anybody with valid documents can travel to this country,” he said after a meeting with the National Professors Council (NPC) at Bukit Aman.
Kereta Terbakar Ketika Kemalangan, 4 Remaja Maut
KUALA LUMPUR: Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.
Skandal rakaman di bilik mandi artis K-POP
Anyonghaseyo! Lama ternanti-nanti kemunculan semula selebriti lelaki paling berpengaruh Korea Selatan, Rain selepas tamat menjalani latihan khidmat ketenteraan, peminat sudah boleh menarik nafas lega sekarang.
Menjadi antara perintis kepada kegemilangan gelombang K-Pop, pelakon, penyanyi dan model itu sememangnya meninggalkan impak hebat sehinggakan pemergiannya ke pusat latihan itu ditangisi peminat.
Artis Terima Kek Kemaluan Lelaki
APALAH salah Jaafar Onn sehingga dia diberikan kek yang dihiasi dengan imej kemaluan lelaki. Kalau tak suka dengan dia pun, SS rasa tak perlulah sampai buat macam itu.
SS dapat tahu Jaafar sangat terkejut dan sedih apabila melihat kek itu. Andai kata si pengirim mahu bergurau pun, bukan itu caranya dan Jaafar pun bukan muda lagi untuk menerima gurauan seperti itu. Ada banyak cara lain kalau nak bergurau pun.
Angkara tertekan kerana berhutang
GOMBAK - Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam.
Wanita Mati Dipercayai Dipukul Teman Lelaki
PETALING JAYA: Seorang wanita meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala dipercayai dipukul teman lelakinya di rumah suspek di Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini, malam Isnin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal pukul 1.41 pagi Selasa ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pemilik banglo di Taman Melawati resah tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati, di sini, cemas apabila tanah di bahagian belakang kediamannya tiba-tiba runtuh, malam tadi.Mohamad Hassan, 64, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat, kira-kira 6.30 petang.
PDRM Atasi Kekecohan Di Stadium Darul Aman.
ALOR SETAR 18 Februari 2014 – Polis DiRaja Malaysia berjaya menyuraikan segelintir penyokong Kedah yang berang dengan keputusan pengadil semasa perlawanan di antara Kedah vs Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Aman Alor Setar sebentar tadi.JDT menang dengan keputusan 2-0 dan layak ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan argegat 5-1.
18 Februari 2014
Sultan Selangor larang kerabat diraja terlibat dalam PRK Kajang
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kes Tuntutan Cerai Secara Baik Nurul Izzah Ditangguh 11 Mac
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada 11 Mac depan.
Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Sedih Kalau Menang Anugerah, Terpaksa 'Makan Pasir'
Budak Sekolah Kaki Buli, Meninggal Dunia
Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang jaya yang famous dengan video klip Lan Todak tak lama dulu?Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
YUS & TAUKE BERGADUH DI MALAM FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2013?
Walaupun sudah seminggu lebih program Maharaja Lawak Mega 2013 berakhir, cerita-cerita panas MLM2013 masih kedengaran. Antaranya, cerita-cerita tak puas hati sebab kalah, kes curi idea dan macam-macam lagilah.
Suami Exco Kedah Meninggal Dunia
ALOR SETAR: Syed Alfandi Syed Mansor Barakbah, suami exco kerajaan negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob, meninggal dunia akibat penyakit meningitis di Putra Medical Center (PMC) di sini, Selasa.
Erra Fazira & Suami Sah Cerai Talak Satu
Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki dengan status perkahwinannya, akhirnya hari ini menjadi saksi bahawa Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu.
Surat Cinta Dari Iblis
Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kamu tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kuhlu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya kamu tidak membuang-buang masa.
BEKAS ISTERI BRUNEI KALAH JUDI DI LONDON, JUAL BARANG KEMAS RM5.5
Menurut laporan DailyMail, bekas isteri Sultan Brunei, Puan Mariam Aziz, mengaku menjual barangan barang kemasnya untuk membayar £ 1 juta ( RM5.5 juta ) dalam bentuk hutang perjudian kasino di London sekitar bulan Januari pada tahun 2009.Pengiran Istri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz berkahwin dengan Sultan Brunei selama 22 tahun sebelum bercerai pada tahun 2003.
#PRKKajang Islam Mundur Di Kajang Punca Anwar Ingin Bertanding
Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.
Dia turut mengatakan, ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Langgan:
Catatan (Atom)