KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mencetuskan kemarahan peminat filem tempatan di Twitter apabila membuat satu kenyataan yang dilihat menyinggung dan memperkecilkan peminat filem keseluruhannya.
Ahmad Idham antara lain membuat komen yang membawa maksud "kalau belum buat filem sendiri, jangan kritik filem orang lain."
Kenyataan Ahmad Idham itu bermula sebagai pergeseran pendapat antara beliau dengan kurator akaun Twitter @twt_filem Ashraff Mokhtar, seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara Cawangan Lendu, Melaka.
Pergeseran pendapat mereka bermula apabila Ashraff menulis mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM itu yang segera mendapat reaksi daripada Ahmad Idham.
Tulisan Ashraff tu mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham.
Pertanyaan Ashraf itu kemudiannya mengundang respons daripada Ahmad 
Idham sehingga membawa kepada satu kenyataan yang disifatkan 
keterlaluan.
Kenyataan Ahmad Idham itu mendapat reaksi daripada peminat filem 
tempatan yang rata-ratanya merasakannya sebagai tidak wajar kerana 
sebagai penonton yang mengeluarkan wang untuk tiket di pawagam, mereka 
berhak untuk berkata sesuatu tentang filem yang mereka tonton.
Namun 'geram' Ahmad Idham terhadap kurator @twt-filem pada Khamis tidak 
berhenti setakat itu saja. Dia sebaliknya terus membangkitkan isu yang 
sama pada Jumaat.
Pengasas dan pengendali @twt_filem, Ajami yang dihubungi oleh Astro 
AWANI menjelaskan platform itu dibuka untuk membolehkan peminat dan 
penggiat filem berkongsi pandangan dan idea untuk memperkayakan 
pengalaman dan pengetahuan.
"Kebanyakan mereka yang 
pernah jadi kurator terdiri daripada pembikin filem muda, pengkritik 
serta penulis skrip yang berkongsi pengalaman mereka," katanya, dan 
menambah ini adalah kali pertama seorang siswa filem diberi peluang 
untuk memberikan pandangan daripada perspektif yang baru.
Antara
 yang pernah mengendalikan ruangan itu termasuk jurukamera Raja Mukriz 
Raja Ahmad Kamaruddin; pengarah KIL, Nik Amir Mustapha; penulis skrip 
Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa, Amir Hafizi serta pengarah filem 
pendek Hujan Panas, Nadiah Hamzah
"Saya terbuka dan 
mahu Ahmad Idham jadi kurator untuk dua minggu sama seperti mereka yang 
lain, jika dia sudi," kata Ajami yang membuat jemputan itu secara 
terbuka melalui Twitter.
Ahmad Idham tidak memberi maklum balas kepada jemputan itu.
Tidak
 lama kemudian, seorang pengguna Twitter yang tentunya mengikuti 
perbalahan itu sejak awal kemudiannya pulang paku buah keras kepada 
Ahmad Idham selepas pengarah filem itu merungut mengenai mutu 
perkhidmatan sebuah restoran makanan segera.
Ahmad Idham adalah pengarah filem seperti Remp-It, Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak serta Adnan Sempit.
![BLogZoOMeR.oRG | :: ISU POLITIK SEMASA [Agregator-People Voice] ::](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivwmRNXg1H-2qEIRtfn8W3xnpTNLLoDUl_UY1lD-EoJTMLtX4yldmNh8UPhVBZNgnM07U-FkaatPNfwQp-DVXNrWt_mBXFItC802CLdWAVdSRiYekckuEokXbvCzFi09tgupZV9XfGSJ2o/s1600/bz980.png) 













 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan