Sudah lama kedengaran cerita superstar terkenal, Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah berpisah, sejak kehilangannya kira-kira tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada siapa dapat mengesahkannya, keluarga Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita juga enggan membuka mulut mengenai kehilangannya.
Yalah, mereka juga perlu menjaga hati Kak Nita. Cerita peribadi sukar dikongsi. Apa yang semua tahu, Kak Nita merajuk... Merajuk dengan siapa, entahlah! Sukar untuk dirungkaikan.
Disebabkan itulah, hingga hari ini, Kak Nita masih menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Kali terakhir Raja mendapat maklumat daripada anak saudara Kak Nita, penyanyi berusia 62 tahun itu kembali menyanyi di Caesar’s Palace, Las Vegas, awal tahun lalu.
Kak Nita juga khabarnya tidak dapat pulang menjenguk jenazah ibu tiri rapat dan dikasihinya iaitu Allahyarham Umi Kalthum yang menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada Ramadan, tahun lalu. Khabarnya, selain menyanyi, Kak Nita sibuk menguruskan perniagaannya di Las Vegas.
Sebelum ini, macammacam versi cerita diperkatakan, selain cerita Kak Nita berpisah dengan suaminya, ada pula mendakwa Kak Nita melarikan diri selepas berhutang dan ada pula kisah mengatakan Kak Nita berselisih faham dengan seorang teman baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan