21 Julai 2012
BONGKAR !!! KRISIS AIR BAKAL MENJAHANAMKAN EKONOMI SELANGOR !!! WAJIB BACA !!!
20 Julai 2012
@tonypua Bayar Saman RM200,000 Dengan Duit Rakyat! #DAPTipuRakyat
Tony Pua tak perlu keluar duit langsung dan dia sanggup mengemis minta duit rakyat. Duit rakyat yang dikumpulkan pula telah mencapai angka lebih kurang RM310,000. Duit untuk bayar saman cuma RM200,000 ribu dan berbaki sebanyak RM110,000.
Persoalannya kemana akan perginya baki wang mengemis tersebut? Tony Pua patutnya bayar sendiri! Bukan dengan minta duit rakyat untuk bayar kesalahan yang diri sendiri buat? Sedarlah bahawa inilah cara DAP buat kerja dan menyusahkan rakyat hanya untuk memenuhi agenda mereka.
Krisis Air Lembah Kelang Berulang Kembali?
Malangnya, walaupun kita sudah berkali-kali mengalami krisis air sedihnya seolah-olah kita tidak pernah mempelajari apa-apa dari insiden tersebut.
Laporan akhbar baru-baru ini melaporkan Selangor sudah mengalami krisis air lebih awal dari yang dijangkakan. Secara amnya yang dimaksudkan dengan krisis air adalah disebabkan oleh senario pembekalan dan permintaan air dengan kapasiti yang tidak dapat ditampung.
Tidak Bersekongkol? PAS TETAP BALACI & BARUA DAP
Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya. Dengan menggunakan perkataan 'bekerjasama' dan bukan 'bersekongkol', maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.
19 Julai 2012
ANWAR BERADA DALAM SIDANG PENYATUAN YAHUDI SEDUNIA!!
Forum yang dianjurkan oleh Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affairs ini dihadiri oleh Presiden RI Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono.
Seperti yang didedahkan oleh laman web anwaraidc: “Strategic Review Indonesia adalah Journal berbahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Dr Hassan Wirajuda, bekas Menteri Luar Negara Indonesia pada 15 Ogos 2011.
18 Julai 2012
Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998 – SWAn
Penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan dengan krisis air jauh lebih teruk daripada apa yang yang pernah dialami pada 1998 jika kekurangan bekalan air terawat tidak diselesaikan segera.
Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur,dan Putrajaya (SWAn) Aldric Loong Kim Yew berkata ini berdasarkan data mingguan yang dikeluarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, operator agihan dan pengendalian pengeluaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bahawa permintaan air telah meningkat.
“Permintaan air secara puratanya telah meningkat ke tahap 4,329 juta liter sehari berbanding dengan kapasiti pengeluaran maksimum semua Loji Rawatan Air (LRA) sebanyak 4,371 juta liter sehari.
17 Julai 2012
Gerombolan Keldai Pembangkang Meroyan Baca Entri Liwat Terbaru PapaGomo
Geli hati melihat reaksi penyokong tegar pembangkang yang meroyan tidak tentu pasal selepas blogger Papagomo dakwaan ada laporan liwat terbaru terhadap Anwar Ibrahim. Nampak sangat mereka tidak sanggup lagi bertuankan seorang pemimpin yang rendah moral seperti Anwar Ibrahim.
Jika yakin berita itu tidak benar, tidak perlu memberi reaksi berlebihan. Apa yang mahu digusarkan? Rakyat sudah lihat dan alami sendiri banyak siri pembohongan Anwar Ibrahim termasuk 'Janji 16 September ke Putrajaya', janji jawatan YDP MAIPP kepada ADUN PAS Permatang Pasir, Janji selamatkan Kg Buah Pala dan banyak lagi.
Malah, semakin ramai mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang hipokrit dan rendah moralnya.
'Mempertahankan keselamatan negara Israel' ya ? Anwar Ibrahim dan konco-konco PKR sosialis & sekular adalah perosak negara !!!
3 Nilai Buruk Pembangkang...
Tiga Nilai Buruk Pembangkang
Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.
Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .
Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.
Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.
PUSAT LENDIR DI KEDAH, MEMANG UNTUK PARA PENGIKUT PAS DAN PAKATAN!!! UMNO SIBUK APA!!!
Ketika masalah kewujudan sebuah pusat karaoke di Baling disiarkan di portal ini (DI SINI), ia dibantah oleh Pemuda PAS dari Biro Pemuda Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling. Seramai 25 orang pemuda menghantar memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan balai polis Baling. Ada juga kesedaran di kalangan Pemuda PAS Kawasan berkenaan untuk bertindak walaupun ia kelihatan seperti satu lawak jenaka.
Alasan yang diberikan oleh pimpinan PAS dan para penyokongnya ialah, pusat karaoke yang beroperasi di bangunan Pasaraya Aneka, Pekan Baling itu telah diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO-BN. Apabila ditanya, mengapa pusat karaoke tersebut mengambil masa selama lebih tiga tahun untuk diwujudkan kalau ianya telah diluluskan lebih awal iaitu hanya pada masa pentadbiran PAS Kedah, sekali dalih bertukar.
PANASS !!! AMOI AZMIN SUDAH LARI KE OVERSEA??
April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.
Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.
16 Julai 2012
Himpunan Oren Gagal !!! Sekadar Himpunan Penyokong PAS Bukannya Himpunan Peneroka
Beliau mendakwa majoriti daripada kira-kira 4,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu adalah daripada parti pembangkang.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada peneroka kerana tidak menyokong perhimpunan itu, apa kita (kerajaan) buat adalah jalan yang betul," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah 2012 di sini, hari ini.
15 Julai 2012
Beza Pas dan Umno Untuk Hari Ini!!!!
Pas mengadakan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor hari ini.
AIR MATA MEMALI BELUM KERING PAS DAH BUAT TAWARAN NEGARA BERKEBAJIKAN
Pada jam 2 petang 5-7-2012 penulis didatangi oleh seseorang dan menghadiahkan sebuah buku kecil berwarna hijau,setelah memberi buku orang tersebut berlalu dengan tergesa-gesa mungkin dia ada urusan yang harus dilengsaikan dengan segera.
Setelah diamati buku yang dimaksudkan,memang tidak syaklagi, bahawa buku kecil tersebut adalah dari pihak PAS.
Buku yang diberi tajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS yang ada pada penulis menceritakan Polisi-Polisi umum ,Politik,Ekonomi..
Setelah diamati buku yang dimaksudkan,memang tidak syaklagi, bahawa buku kecil tersebut adalah dari pihak PAS.
Buku yang diberi tajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS yang ada pada penulis menceritakan Polisi-Polisi umum ,Politik,Ekonomi..
Nilai buruk pembangkang rosakkan negara
Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.
Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .
Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.
Isu HoT Lagi!! Pengikut PAS Isytihar Tidak Percaya Sabda Rasulullah?
Rasululah sudah berpesan agar ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah lari jauh2 dari mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang hal ini kerana berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada akhir zaman iaitu zaman dimana kita berada.
Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya jahil2 dan alim ulamaknya fasiq2.
Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya jahil2 dan alim ulamaknya fasiq2.
HIMPUNAN BELIA HARI INI BAKAL 'SERANG' PM DI KLCC..!!?
Luahan ini nyata berbeza dengan Perhimpunan Belia yang lain. Ia tanda sokongan dan kasih sayang dari mereka yang tidak berpegang mana2 ideologi politik. Akan tetapi kagum dengan kepimpinan Najib selaku Pemimpin No. 1 Negara.
Jom kita sertai misi ini. Dengan aktiviti2 yang bakal mempamerkan bakat belia Negara ini. Program hanya pada hari ini bermula jam 10 pagi hingga 7 malam di Perkarangan KLCC.
14 Julai 2012
HIMPUNAN 'OREN' PAS MENGARUT & BUANG MASA
Ini termasuk perhimpunan Sabtu ini di ibu negara yang dinamakan Himpunan Oren. Kenapa warna Oren dipilih, penulis mengagak ia tidak mungkin ada kaitan unsur feng shui.
Barangkali ia menzahirkan objektif penganjur program berkenaan yang kononnya bertujuan menyelamatkan Felda yang mana oren adalah warna sinonim dengan konglomerat itu.
Niat utama mereka adalah menjadikan perhimpunan itu sebagai tanda bantahan berterusan pembangkang terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Anehnya, FGV yang merupakan tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia selepas Facebook untuk tahun ini telah disenaraikan dengan penuh cemerlang pada 28 Jun lalu sehingga kejayannya mendapatan perhatian meluas pelabur di seluruh dunia.
HIMPUNAN OREN SEKADAR DEMONSTRASI KEBANGANGAN!!!
Namun bukan jumlah yang dipertikaikan kerana masing-masing ada kaedah pengiraan dan matematik terutama yang melibatkan kumpulan sendiri.
Kalau Tak Ada Budak-Budak, Sunyilah PAS
Ini patut semua sedia maklum, parti ini bukan parti yang ada sokongan ramai orang, dia gebang saja rakyat Malaysia yang 28 juta orang ini sokong dia kesemuanya, hakikatnya yang totok saja itulah zaman berzaman menyokong dan sedikit remaja dan orang muda hilang pedoman meramaikan dari masa ke semasa.
Sebab itulah khidmat budak-budak kecil seumpama dalam gambar di atas begitu popular di kalangan orang-orang PAS sehinggakan ada kajian menunjukkan dari 100 kepala yang kita nampak dalam Bersih 3.0 dulu, 40 kepala adalah kepala budak-budak yang dijunjung mak bapak masing-masing.
HIMPUNAN OREN GAGAL !!! 85 PERATUS PENEROKA MENYOKONG BN !!!
Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin,tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.Dalam PRU 2004,misalnya,sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%.Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang.Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian.Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.Atas dasar itu,mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pakatan haram.
Syok Mahasiswa Merokok Di Perhimpunan Oren
KUALA LUMPUR – Pengikut-pengikut Himpunan Oren baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Zohor sebelum memulakan perarakan mereka dari Masjid Wilayah ke Mahkamah Tinggi dan seterusnya menuju ke Istana Negara.
Kebanyakan pengikut yang hadir dalam Himpunan Oren ini rata-ratanya tidak mengetahui objektif sebenar himpunan diadakan.
Bukan itu sahaja, pengikut-pengikut himpunan itu hanyalah dimeriahkan oleh ahli-ahli Pas sahaja, tanpa kehadiran peneroka.
Najib Tun Razak: Perjuangan Kerajaan Persekutuan berteraskan Islam
Beliau berkata antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.
Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
12 Julai 2012
Liwat II : Bakal Dibuka !!
Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang.
Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.
Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.
PAS DAJAL, ZALIM ... Saya Dicerai Kerana SOKONG UMNO - Che Hasnah
PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Alah tak ngaku Imam Mahdi orang PAS
Menilai dari tulisan dalam blognya juga secara jelas merujuk kepada keadaan jiwa yang kacau dan tidak tenteram.
Paling kelakar, dia cakap hebat pasal Islam, gambar profil dia sendiri tidak menutup aurat (pusat nampak). Apa pun itu urusan antara dia dan Allah swt sekarang.
Kalau boleh penulis ringkaskan dari kejadian yang berlaku di JPM kelmarin:-
1. Alasan mengamuk, kerajaan ini tidak Islamik kerana tidak melaksanakan perundangan Islam (hudud), adalah sinonim dengan perjuangan PAS.
2. Semua orang salah dia saja betul, sinonim dengan kaedah DAP.
3. Buat bini orang macam bini sendiri, sinonim dengan PKR, dan PAS (kalau boleh disebutkan).
Apa yang boleh dikatakan lagi?
Peneroka Buat Laporan , Bantah Himpunan Oren
TEMERLOH – Pengurusan FELDA dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) FELDA dari lapan tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual Sabtu ini.
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus FELDA Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut hari ini bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan demonstrasi haram tersebut. Yunus berkata, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat FELDA, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.
08 Julai 2012
ANWAR MEMINTA SOKONGAN BARAT UNTUK MENJADI PM HADAPI PRU 13
Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.kuat kencing nampak.adakah ini semua auta atau fakta ??? saya akan terangkan satu persatu.jom sambung balik.Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak,kenyataan beliau kepada akhbar berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? saya pun kenal siapa Anwar Ibrahim.sebenarnya,Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.itu jer...
Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat,Anwar akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya nak sangat menjadi Perdana Menteri.tapi perangai ??? anda jer yang tahu.Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London,Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama,liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah,Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel.Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.
07 Julai 2012
Jangan Ghairah ke Putrajaya Mengatasi Dakwah - Ketua Dewan Ulama PAS
Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
EZAM MOHD NOR MEMBONGKAR SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM
“Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar… Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula,saya mula mencari kebenaran,saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya..”
KALAU BLOGGER PRO-UMNO-BN DAPAT TEMPAT DI HARAKAH, BAYANGKANLAH TRAUMA APA SEBENARNYA DIHIDAPI OLEH PAS!!!
Dari tahun 1997, kewujudan tentera-tentera siber yang berpihak kepada PAS dan Anwar Ibrahim serta DAP tidak dicabar. Apa-apa sahaja yang disuapkan oleh mereka, terpaksa ditelan bulat-bulat. Malah fitnah dan tohmahan tidak berasas yang dilemparkan juga, tidak banyak disanggah dan ditentang.
Tahun 2008, Pakatan DAP-PKR-PAS telah mengoptimumkan penggunaan tentera siber mereka. UMNO dan Barisan Nasional pula, lambat melihat bidang media ini dan akhirnya menyebabkan pemikiran bahawa dengan membuat program besar-besaran, maka menanglah UMNO dan Barisan Nasional, hampir menyebabkan UMNO-BN kehilangan kuasa sebenar di Parlimen Malaysia.
Khalid Gagap Jual Tanah Untuk Menutup Kerugian UNISEL?
Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.
Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.
GAGAL MEMBELA RAKYAT, RAFIZIRAMLI DAN ANWAR IBRAHIM CUBA FITNAH NAJIBRAZAK !!!
KERAJAAN SELANGOR MEMBELI TANAH TALAM RM42 JUTA
Kerajaan negeri Selangor didakwa membeli tanah kepunyaan Talam Corporation yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya pada harga RM181 juta iaitu RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA pusat Datuk Chua Tee Yong dalam sidang media di ibupejabat MCA,Jalan Ampang Kuala Lumpur.video di bawah akan menunjukkan segala nya.saksikan video penuh...
PENGUMUMAN.. UNISEL BAKAL ISYTIHAR MUFLIS..!!
Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.
"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
PRU13 - DAP SELAR PAS TAMAK KUASA MAHU B'TANDING 80 KERUSI PARLIMEN..!!
Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.
Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.
Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".
Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.
06 Julai 2012
Ayam tambatan Anwar Ibrahim berkokok lagi! Apa ke halnyaaa???
Rafizi Ramli, budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.
Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.
Langgan:
Catatan (Atom)