11 Jun 2014

PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL WANITA DIHUKUM

image (4)
KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan tradisional wanita dihukum penjara 14 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah menipu dengan memperdaya seorang guru untuk menyerahkan sejumlah barangan kemas kepadanya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Siti Mariam Hamad, 56, didakwa memperdaya dan mendorong Wan Zulhazira Wan Mustafa, 27, yang juga anak saudara tirinya menyerahkan seutas rantai leher emas berserta loket bulat dan cincin, antara jam 4 dan 5 petang, Januari 2012.

Sebelum melakukan tipu daya itu, tertuduh pada tarikh tersebut meminta Wan Zulhazira membawanya ke ATM di Kampung Perol, Nilam Puri, dengan menaiki kereta. Tiba di hadapan sebuah pasar raya di Kedai Mulong, tertuduh meminta mangsa memberhentikan kereta.

Katanya, dia berubah fikiran dan sebenarnya mahu memberitahu Wan Zulhazira bernasib baik terpilih menjadi ahli ‘Raja Zulkarnain’ yang didakwa sebagai raja orang-orang bunian.

Tambah Siti Mariam lagi, Wan Zulhazira boleh mendapat kekayaan dalam bentuk emas jongkong dan wang tunai melalui bantuan Raja Zulkarnain. Bagi mendapatkan kekayaan tersebut, Siti Mariam meminta barang kemas yang sedang dipakai mangsa sebagai syarat bagi ahli terpilih.

Mangsa menyerahkan barangan kemas itu dan Siti Mariam berjanji memulangkan semula selepas wang dan jongkong emas itu diperoleh, bagaimanapun selepas enam bulan berlalu, Siti Mariam tidak menyerahkan jongkong emas dan wang dijanjikan, manakala barang kemas mangsa juga tidak dapat dikembalikan.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan mengambil kira dia menghidap kencing manis.

Tertuduh juga sedang menjalani hukuman penjara dua tahun, juga atas kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bersabit kes berlainan.

Majistret, Isa Mohamad mengarahkan hukuman penjara 14 bulan berkuat kuasa tarikh tertuduh ditahan pada 4 Ogos 2013. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Md Zukri.

1 ulasan:

yamunalatorre berkata...

Casino Review 2021 (All US Players) | DrmCD
› gaming › usa › gaming › 보령 출장샵 usa This review 구리 출장마사지 of the 여주 출장마사지 casinos, bonus codes and customer support for the USA. Discover the full game 포천 출장안마 selection and 양산 출장안마 casino information from DrmCD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /