05 Jun 2014

MAYAT BELAKANG RUMAH

ne_07.1
KLANG – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang gempar apabila seorang lelaki dalam keadaan tertiarap yang mati dibunuh ditemui di belakang bangunan sekolah berkenaan di Jalan Kota di sini semalam.
 
Mayat lelaki tempatan berusia 30-an itu ditemui seorang penduduk tempatan yang sedang berjoging di situ pada pukul 7.20 pagi.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan mendapati kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan parah pada kepala dipercayai akibat tetakan senjata tajam.
 
“Mangsa ditemui lengkap berpakaian namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui ketika pemeriksaan dilakukan pada badan mayat tersebut,
 
Mayat dihantar ke Unit Forensik.Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan diminta tampil menghubungi polis untuk membuat pengecaman.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /