06 Jun 2014

Anak Bilut Bangga Julang Felda

su_04.1 (1)
BANGI – Berasal dari generasi Felda pertama di Malaysia, Lurah Bilut, Muhd. Syahid Zaidon tekad mahu menjadi sebahagian daripada legasi yang menjuarai trofi sulung buat Felda United dalam pertandingan Piala FA dengan menewaskan negeri kelahirannya, Pahang di pentas akhir di Stadium Shah Alam, malam esok.

Melabelkan satu pertemuan istimewa dengan Pahang, bekas pemain Harimau Muda A yang berusia 24 tahun itu juga berhasrat mahu menghadiahkan Piala FA khas kepada warga Bilut jika meraih kepercayaan jurulatih, Irfan Bakti untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Syahid yang merupakan cucu Allahyarham Ahmad Husin, sebahagian daripada generasi pertama Felda Lurah Bilut yang dibuka pada tahun 1958, mengakui inilah detik terbaik menjulang nama Felda kerana di situ dia dibesarkan daripada kecil.

“Jika ditanya perasaan ini, saya memang rasa teruja kerana kebetulan pula saya terpaksa menentang negeri tempat saya berasal namun dalam masa saya ada sentimen tersendiri bersama Felda.

“Ayah saya, (Zaidon Ahmad) adalah generasi kedua Felda Lurah Bilut dan membawa nama Felda di perlawanan akhir, saya benarbenar rasa bangga dan berjanji akan melaksanakan tugasan sebaik mungkin jika dapat bermain.

“Tiada sebarang tekanan daripada kawankawan atau ahli keluarga walaupun terpaksa berdepan Pahang sebaliknya mereka memberi sokongan padu kepada saya untuk tampilkan aksi cemerlang dan membawa pulang Piala FA kepada warga Bilut.

“Memang satu keputusan yang tepat saya keluar dari Harimau Muda A dan memilih untuk mewakili Felda United dan kini saya dapat bermain di perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama, ” katanya yang ditemui, semalam.

Bermain di bahagian tengah, dia yang dijangka bergandingan bersama pemain import dari Liberia, Zah Rahan Krangar atau Shukor Adan, sedia memikul beban tambahan untuk menyekat barisan serangan Tok Gajah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /