04 Jun 2014

PENAGAN 11 JAHITAN

mohammad (2)
Keningau: Bermula dengan pertengkaran mulut akibat salah faham, seorang lelaki menerima 11 jahitan di kepala manakala dua rakannya turut cedera dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjata tajam di Pasar Umum Keningau, di sini, pada 1 Jun lalu.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Manayoh Raw Palamok, 39, cedera di kiri kepala akibat ditetak dengan parang manakala dua rakannya, Cyril Linus, 20, menerima lima jahitan akibat cedera di siku dan tangan kiri.

Seorang lagi mangsa, Analem Tony Malip, 31, cedera di muka akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada serangan itu.

Manayoh yang menerima 11 jahitan masih dirawat di wad Hospital Keningau dan keadaannya dilaporkan stabil manakala dua lagi rakannya sudah dibenarkan pulang.

Sumber berkata,difahamkan kejadian berlaku apabila seorang daripada saudara mangsa berselisih faham dengan kumpulan samseng berkenaan.

Menurutnya seorang daripada suspek dipercayai membelasah lelaki terbabit sebelum mangsa bersama dua lagi rakanya yang sednag minum menyedari kejadian itu lalu mengejar samseng terbabit.

Namun apabila tiba dipasar Umum mereka dikepong sekumpulan lelaki bersenjata parang,batang besi dan kayu.

Melihat kehadiran kumpulan itu ketiga-tiga mangsa cuba melarikan diri sebelum ditahan dan dibelasah.

Sementara itu Ktua Polis Dearah Keningau  Diputi Superintendan Robert Salisip David berkata,ketiga-tiga sahabat itu gagal melarikan diri sebelum ditetak.

Dua mangsa cedera ditetak termasuk seorang daripada  mereka ditetak dibahagian kepala manakala seorang lagi tercedera selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri.

Mangsa yang parah dikepala dipercayai terjatuh ketika cuba melarikan sebelum ditetak.
Robert berkata,kejadian berpunca daripada akibat salah faham antara saudara mangsa dengan seorang ahli kumpulan terbabit.

Susulan kejadian itu Polis telah menahan seorang suspek berusia 34 tahun yang berkerja sbagai penjual ikan bagi membantu siasatan.

Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 148,Kanun Keseksaan kerana rusuhan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /