04 Jun 2014

TERTIPU MEMBELI ALAT PEMBESAR ZAKAR


michael chong (1)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar dengan membuat bayaran sebanyak RM450 secara dalam talian tertipu apabila dia hanya menerima satu kanta pembesar dengan arahan “Jangan gunakannya pada waktu siang”.
 
Pelanggan yang berasa terhina itu hanya mahu dikenali sebagai Ong, dari Seri Kembangan, merupakan antara pembeli yang terpedaya dengan penipuan secara dalam talian, sehingga kerugian ribuan ringgit.
 
Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, Ong merupakan antara tiga individu yang tampil berjumpa dengan beliau bagi mengadu mengenai mereka telah ditipu oleh penipuan dalam talian pada tahun ini. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /