PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.
SEREMBAN: Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin pulih.
NEW DELHI7 Jun – Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan didakwa dirogol pada Jumaat lalu oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.
Georgetown – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengenalpasti 20 lokasi panas tumpuan golongan ponteng puasa di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kawasan berkenaan bukan sahaja bertumpu di premis makanan malah di kafe siber, pusat snuker, pusat karaoke dan seumpamanya.
“Kerajaan negeri menerusi JHEAIPP akan melipatgandakan rondaan di semua daerah seawal pukul 7 pagi di lokasi berkenaan bagi membendung gejala maksiat dan salah laku sepanjang Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
KUCHING : Termakan janji manis kekasih, seorang gadis sanggup menyerahkan tubuhnya kepada lelaki berkenaan dan kini mangsa mendakwa sudah mengandung empat bulan.
KUALA LUMPUR 15 Jun-Kementerian Kesihatan didesak agar menjalankan siasatan mengapa ujian keputusan ke atas sampel Cadbury tercemar dengan DNA babi hanya diumumkan tiga bulan selepas ujian dijalankan.
Kuala Lumpur – Susulan dari laporan mengenai Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang membuat laporan polis kerana mendakwa didera dan dicakar bekas isterinya Abby Abadi, nampaknya kisah tersebut tidak berakhir begitu sahaja.
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar farhan membuat tuduhan palsu mengenai pendedahan lelaki itu yang dikasari secara fizikal selepas kes penceraian mereka selesai pada Rabu lalu.
PETALING JAYA– Pelawak Tauke (Jambu) tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada pengikut laman sosial Instagram miliknya apabila dia memuat naik fotonya menggayakan kasut yang dibelinya daripada pereka terkenal Giuseppe Zanotti.
BINTULU: Enam lanun mengambil masa sembilan jam untuk memindahkan 1 juta liter diesel bernilai RM2 juta daripada kapal MT Budi Mesra Dua di kawasan 78 batu nautika dari perairan Tanjung Batu, di sini, Sabtu lalu.
Kuala Lumpur – Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.
Shah Alam – State Assembly Speaker Hannah Yeoh has verbally refused the motion to debate Selangor Barisan Nasional’s stand regarding the hudud issue, as well as the probability of the state to implement the Syariah law.
Kuala Lumpur – Selebriti terkenal Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila melenting dengan tindakan sebilangan penguna media sosial yang di dikatakan menghina babi yang juga merupakan makanan bagi masyarakat bukan Islam.
Shah Alam – Kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikatakan ‘memalukan’ kerana ‘menyerbu’ majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid lebih seminggu lalu, sudah pun selesai selepas satu mesyuarat antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan wanita berkenaan, semalam.
KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan tradisional wanita dihukum penjara 14 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah menipu dengan memperdaya seorang guru untuk menyerahkan sejumlah barangan kemas kepadanya, dua tahun lalu.
AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah terhadapnya.
Petaling Jaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk ‘Bihun Istimewa’ menggunakan lambang masjid keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.
Ashgabat (Turkmenistan) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan rasmi di Istana Presiden di sini pada Selasa sempena lawatan kali kedua beliau ke Turkmenistan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.
BANGI – Berasal dari generasi Felda pertama di Malaysia, Lurah Bilut, Muhd. Syahid Zaidon tekad mahu menjadi sebahagian daripada legasi yang menjuarai trofi sulung buat Felda United dalam pertandingan Piala FA dengan menewaskan negeri kelahirannya, Pahang di pentas akhir di Stadium Shah Alam, malam esok.
KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.
KOTA BARU: Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama 2014, 88 daripadanya berjaya diselesaikan.
KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.
KLANG – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang gempar apabila seorang lelaki dalam keadaan tertiarap yang mati dibunuh ditemui di belakang bangunan sekolah berkenaan di Jalan Kota di sini semalam.
PETALING JAYA: Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu, Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah.
PUTRAJAYA – Seramai 260,000 orang pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima RM500 di bawah bantuan khas kejatuhan harga getah mulai pertengahan Jun ini.
SHAH ALAM: Polis menahan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya untuk membantu siasatan berhubung aduan seorang pembantu rumah yang kehilangan bayinya akhir bulan lalu.
IPOH – “Surat itu belum sampai kepada saya lagi,” itu jawapan ringkas Yammy Samat, 59, berhubung tindakan Umno menghantar surat tunjuk atas dakwaan membantu kempen anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan Mei lepas.
ETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi termasuklah isu merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya pada Rabu secara tiba-tiba membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak
ALOR SETAR – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.
Keningau: Bermula dengan pertengkaran mulut akibat salah faham, seorang lelaki menerima 11 jahitan di kepala manakala dua rakannya turut cedera dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjata tajam di Pasar Umum Keningau, di sini, pada 1 Jun lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar dengan membuat bayaran sebanyak RM450 secara dalam talian tertipu apabila dia hanya menerima satu kanta pembesar dengan arahan “Jangan gunakannya pada waktu siang”.
KUALA LUMPUR: Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.
Kota Bharu: “Demi kebahagiaan, kami terpaksa serahkan kamu kepada orang lain yang lebih berkemampuan.” Demikian kandungan surat yang ditulis ibu berketurunan Cina sebelum menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat sejak 40 tahun lalu.
RUMAH bintang Miley Cirus menjadi sasaran pencuri apabila ia dipecah masuk pada Jumaat lalu menyebabkan artis itu kehilangan sebuah kereta Maserati Quattroporte berhargara RM329,000.
NOBSA: Perlawanan bola sepak sesi ‘pemanas badan’ antara beberapa negara yang akan menyertai Piala Dunia di Brazil diadakan di sini pada Ahad lalu mendapat sambutan ramai.
SEREMBAN - Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini.
Shah Alam: Seorang remaja terbunuh selepas tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2.6, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke ibu negara, petang kelmarin.
PETALING JAYA: Masih ramai ibu bapa di negara ini yang kurang prihatin terhadap tanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka, malah sering cuai dan mengambil sikap ambil mudah terhadap aspek itu sehingga menyebabkan kes jenayah membabitkan kanak-kanak dan remaja meningkat.
PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan seorang wanita yang beragama Islam, selepas didakwa berkahwin dengan pasangan bukan Islam mengikut adat agama Hindu, semalam.
Utusan Malaysia semalam tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini.
PETALING JAYA: Ibu kepada seorang sukarelawan hidupan liar British yang hilang di Malaysia pada Jumaat terbang ke negara ini untuk menyertai usaha mencari anaknya, lapor Daily Mail
Gareth Huntley, 34, dari London, tidak dilihat sejak pagi
KUALA LUMPUR 2 Jun – Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).