13 September 2013

Raja Azmi 'MENGAMUK' Ambil Tindakan Saman



Gambar yang menjadi kontroversi, sehingga Raja Azmi Dilabel 'Makcik Tua, Bodoh'

Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Sulaiman, 54, akan mengambil tindakan mahkamah ke atas portal “rotikaya.com” yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di Facebook hingga menimbulkan fitnah. Gambar berkenaan yang dimuat naik itu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya.

Fouziah Gous Bakal Berkahwin




Selepas mengikat tali pertunangan selama tiga bulan dengan Md Zhafran Md Yusof, pelakon cantik, Fouziah Gous akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan itu pada 21 September ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Fouziah ketika sidang media khas pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka di Nas Great Idea, Seri Kembangan, sebentar tadi.

Saya Hargai Laluan Diberikan Kamal - Ezam Mohd Nor




Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor menghargai dan menghormati keputusan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kainin yang memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan itu atas nama perjuangan.

Ujar Ezam, beliau akan mengambil serius pelawaan tersebut memandangkan perjuangan memartabatkan UMNO sinonim dengan perjuangan memartabat maruah agama dan bangsa.

Pesta Makan Sotong Hidup-Hidup



Pasangan suami isteri bersama-sama cuba makan sotong hidup.

Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai. Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.

"Borang keluar Sabtu ini, ukurlah baju..."




Sabtu ini, 14 September bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan. Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.

Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.

Penyanyi Hazama, 'Couple' Dengan Awek Cina




Penyanyi Hazama mengakui sedang mengenali hati budi seorang pemuzik wanita yang dikenali sebagai Genervie Kam sejak empat bulan lalu. Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29, berkata, persahabatan yang terjalin diantara mereka itu sedang menuju ke arah percintaan dan enggan menyorokkan perkara itu daripada pengetahuan peminat walaupun tidak selesa berbuat demikian.

"Benar saya sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal. Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya.

David Dass Fail Injunksi Halang Pemilihan CEC



Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak???

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.

Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.

Isu Bangkrap : Farah AF Gagal Dihubungi




Setelah industri hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi kumpulan Mojo, Aweera yang diisytihar muflis, tiba-tiba muncul isu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Farah Anuar yang didakwa muflis menerusi sebuah keratan akhbar.

Menurut keratan akhbar tersebut yang tersebar di laman internet, nama sebenar Farah iaitu Farah Diana Binti Anuar sama dengan apa yang tertera dalam keratan akhbar tersebut. Tarikh lahirnya juga sama seperti yang diketahui oleh umum iaitu 25 Januari 1985. Alamat dalam keratan akhbar itu juga memaparkan yang Farah tinggal di Putrajaya, sama seperti yang diketahui oleh khalayak ramai.

Masa Kemalangan Saya Tak Mabuk - Syazwan Zulkifli




Syazwan Zulkifli ketika ditemui pihak media, berkata bukan niat untuk melarikan diri tetapi beliau tidak dapat di’hubungi kerana telefon bimbitnya hilang ketika kemalangan berlaku.

“Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri”

Kewangan Malaysia Antara Paling Kukuh




Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka, Dr. Marc Faber.

"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy - Where's the Money?" di sini, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /