06 Julai 2012

Aksi Ciuman Terkantoi Punca Pergaduhan Guan Eng!?

Sebentar tadi heboh diperkatakan berlaku perang mulut diantara Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew. Ini semua gara gara skandal Guan Eng dikatakan mengemari daging muda berbanding isterinya.

Menurut sumber Pisau,dalam pertengkaran diantara Guan Eng dan Betty,isterinya menyalahkan beliau kerana tidak menjaga status mereka sebagai pemimpin nombor satu parti dan Ketua Menteri.

Dalam pertengkaran itu,Betty begitu kecewa apabila dimalukan di sidang DUN Melaka dek gara gara Guan Eng yang tidak mampu mengawal dirinya apabila berdamping dengan gadis gadis yang cantik . Paling mengejutkan Betty menyergah Guan Eng sambil berkata "this is not the first time you did this!"

Anwar Beri Berita Negatif Ttg M’sia Kpd Media Indon

BAGAN DATOH — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannyamenyalurkan berita negatif mengenai Malaysia.

“Selama ini gambaran yang diberikan kepada media Indonesia datang daripada Anwar. Berita-berita negatif (mengenai Malaysia) disumbangkan oleh Anwar padahal apa yang (sebenarnya) berlaku (di Malaysia) tidak sebegitu keadaannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek jalan dari Kampung Sungai Dulang ke Kampung Sungai Ipil di sini, hari ini.

Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang

Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah.   Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali?   Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

MANIPULASI ISU SCORPENE, Jalan mudah SUARAM buat Duit

Benarkah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram betul-betul bebas daripada pengaruh politik seperti mana yang didakwa oleh anggota lembaga pengarahnya, Cynthia Gabriel?

Atau Suaram hanyalah sekadar satu unit di bawah PKR dan menjadi corong suara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?

Tindakan Suaram mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah, tidak dinafikan menjadikan pertubuhan itu berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.

Anwar Tak Perlu Lengah Hasrat Bersara

 
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung…dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata, kenyataan Anwar itu adalah retorik politik saja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

04 Julai 2012

OTAK GILA!! - KHALID GAGAP ARAH GADAI TANAH TUTUP KERUGIAN UNISEL.

Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

La Rochelle…Bandar ‘Lynas’ Peranchis

Ada sebuah bandar pelancongan di Perancis telah menjadi rumah kepada loji nadir bumi berdekad lamanya.

Pernah dengar La Rochelle? Mungkin segelintir daripada kita pernah mendengar jenama coklat yang mempunyai nama yang hampir sama.

Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa La Rochelle ialah sebuah bandar pelancongan yang popular di barat daya Paris.

La Rochelle sebenarnya lebih daripada sekadar tempat percutian.

Ia lebih daripada hanya sebuah perbandaran laut di mana kapal layar percutian yang dimiliki oleh mereka yang kaya dan terkenal berlabuh.

Ramai yang akan terkejut kalau mengetahui yang selama ini La Rochelle adalah tuan rumah loji pemprosesan nadir bumi, sama seperti yang dirancang di negara ini.

Satu lawatan ke fasiliti tersebut di La Rochelle baru-baru ini, secara tidak langsung telah ‘mematikan’ keraguan yang berterusan mengenai keselamatan loji itu.

03 Julai 2012

PRU13 Bertanding 80 Kerusi: Hasrat PAS Tidak Masuk Akal

PENULIS kesal kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membelakangkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat apabila membincangkan soal pembahagian kerusi Parlimen yang akan ditandingi PAS dalam pilihanraya umum akan datang secara terbuka.

Soal itu masih belum selesai, dengan Datuk Seri Anwar sedang meneliti beberapa kerusi yang dikatakan bermasalah.

Tidak cukup dengan itu, Hadi turut menyatakan jumlah kerusi yang mahu ditandingi PAS iaitu sebanyak 80 kerusi.  Seingat penulis, dalam beberapa mesyuarat yang djalankan sebelum ini, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PAS adalah jauh lebih sedikit dari itu (60 kerusi).

02 Julai 2012

'Kenapa tempat niaga Melayu dikambing hitam?'-Pemuda Khawarij PAS KL

Melayu memang dikambing hitamkan dalam isu BB Plaza,sebabnya Pemuda PAS wilayah Persekutuan anggap rakyat berotakkan kambing tidak boleh berfikir. Korang semua pernah pergi ke BB Plaza bukan? Berapa peratus peniaga melayu didalam plaza tu? Setau Pisau peniaga cina lebih 90% didalam BB Plaza. Apa kejadahnya peniaga melayu pula yang jadi mangsa.


Sebelum ini rakyat tidak tahu sangat akan kebebalan pemuda PAS,nah sekarang wakilnya dari Kuala Lumpur berjaya buktikan para pemuda PAS memang bebal buat kenyataan tanpa usul periksa.

Adakah niat Pemuda PAS untuk membela kesemua peniaga cina yang kita semua tahu penyokong tegar DAP Bukit Bintang?


BONGKAR: SUARAM NGO Haram? Kutip Dana Yahudi?

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.
Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /