14 September 2013

Shila Amzah Buat Lagu Untuk Sharnaaz




Penyanyi Shila Amzah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cinta lalunya dengan Sharnaaz Ahmad apabila menghasilkan lagu mengenai hubungan mereka itu. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk dia berkongsi kisah tersebut dengan peminat.

“Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu,” katanya.

Budak 4 Tahun Buat Aksi Lucah




Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit. Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

Pusat Urut Batin Diserbu




Limpahan pusat refleksologi di sepanjang Jalan Bukit Bintang seolah-olah bukan sahaja tidak di pantau malahan semakin menjadi-jadi. Selain berani menawarkan khidmat seks secara terbuka, mereka turut melanggar syarat perniagaan dengan beroperasi selama 24 jam.

Pablo Aimar Sah Milik JDT




Pemain bola sepak antarabangsa, Pablo Aimar dilaporkan telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Kehadiran pemain itu amat dinanti-nantikan para penyokong setia skuad “Harimau Selatan”, pastinya akan menghangatkan lagi kancah bola sepak tempatan

Menariknya bekas pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu diperkenalkan pada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu 14 September 2013

Remaja Malaysia Diumpan Dengan Harta Sertai Syiah




Mudah termakan umpan apabila dijanjikan pelbagai kemudahan dan harta benda. Itu antara punca golongan belia mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Mufti Negeri Kedah, Datuk Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, faktor ajaran syiah yang membenarkan perkahwinan mutaah juga menjadikan golongan muda mudah tertarik dengan ajaran itu.

Pesta Bola Merdeka : Live Malaysia vs Myanmar 2013 #goHarimauMuda




Aksi yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan dalam perlawanan akhir “PestaBola Merdeka 2013″ antara skuad Harimau Muda menentang pasukan Myanmar di Stadium Darul Makmur, Kuantan jam 8.45 malam ini.

Rusia Sanggup Perang, Demi Pertahan Regim Bashar Assad Di Syria




Menurut agensi berita Russia Interfax, kuasa besar tersebut telah memulakan pelan bagi menempatkan kapal anti kapal selam dan pelancar peluru berpandu di Mediterranean Timur bagi berdepan dengan tindakan AS dan sekutunya di Eropah

Anak Lega Bila Tahu Ibu Dah Mati




Jika orang lain sedih kerana kematian ibu, seorang lelaki di Reno pula menyanyi kegirangan dan menulis obituari yang kejam untuk memperingati wanita itu. Patrick Reddick, 58, berkata, dia tersenyum dan berasa sangat lega apabila mendapat tahu ibunya, Marianne Theresa Johnson-Reddick, 78, meninggal dunia pada 30 Ogos lalu. Ketika terlantar di katil hospital di hari-hari terakhir hidup Marianne, Reddick pergi melawat ibunya.

Bagaimanapun, sebelum tiba dia meminta doktor memberikan ubat pelali kepada wanita terbabit dan dia pula berkaca mata mengelak daripada dikenali ibunya. Kata Reddick, apabila menyedari bahawa ibunya sudah tiada lagi di dunia ini, dia dapat tidur dengan lena kerana ketakutannya selama ini benar-benar berakhir.

Dibayar Sejuta Yen Untuk Main Game





Orang sering berkata, rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.

Kesukaran itu tidak menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepas bermain satu permainan komputer selama tiga bulan. Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.

Initipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera




Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

-        Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
-        Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)
-        Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil
-        Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
-        Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /