14 September 2013

Selepas Hollywood Aeril Zafrel Bakal Berlakon Di Indonesia




Sudah lama tidak mendengar sebarang berita mengenai aktor Aeril Zafrel. Kali terakhir berita tentangnya hangat diperkatakan selepas dia secara terbuka memberitahu dirinya sedang mendalami ilmu agama. Sejak itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari bagai hilang seketika daripada direktori dunia hiburan.

Namun dalam diam, Aeril telah terlibat dengan sebuah filem Hollywood lakonan bersama aktres Christina Ricci. Tahun depan dia bakal mengembangkan sayap seni ke Indonesia menerusi filem Islamik berjudul Sabda Kekasih. Terbaharu, peminat boleh menatap wajahnya saban hari menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3.

Teks Ucapan YAB PM Di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera



MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
OLEH
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.

---------------------------------------------------------------------------------------------

1.       Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2.       Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Kenapa Pelakon Izzue Islam Rasa Bersalah




Penyanyi dan pelakon Izzue Islam meluahkan rasa bersalah terhadap kumpulannya iaitu Forteen kerana tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap grup itu. Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzue Islam Mazlan, 23, berkata, dia tidak dapat menyertai aktiviti kumpulan tersebut jika jadual kerjanya bertindan dengan penggambaran.

"Kadang-kala memang terdetik rasa bersalah pada diri saya kerana tidak dapat menyertai persembahan Forteen kerana sibuk dengan penggambaran. Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak produksi dan ahli-ahli Forteen yang lain memahami kerja saya dan tidak pernah mempertikaikan perkara tersebut," katanya.

Jabatan Agama Perlu Gempur Kubu Syiah Yang SESAT




Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah itu telah memutuskan bahawa:

1)    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan.

2)    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Gambar : Teknik Hebat Untuk MENIPU Minda




Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensel dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini. Menurut beliau, lukisan yang hanya menggunakan pensel dan kertas ini dihasilkan dengan 'teknik permainan minda'.

Saya Bukan Gay - Vin Diesel




Bintang Hollywood iaitu Vin Diesel bengang apabila khabar angin mengatakan dirinya seorang pengamal homoseksual. Tuduhan itu menjadi hangat apabila dia tidak pernah dilihat keluar bersama mana-mana wanita selain sering menyembunyikan hal peribadinya.

"Saya bukan seorang aktor yang suka tampil di majalah dengan berita-berita yang penuh dengan teka-teki. Tetapi saya mengamalkan sikap diam seperti Harrison Ford, Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino. Dan saya buka seperti yang disangka (gay)," katanya.

Bintang filem Riddick itu menambah, dia seboleh-bolehnya mengelak daripada menjadi perhatian umum mengenai kehidupan peribadinya.

Ikut Suka Sayalah, Kenapa Dia Nak Terasa - Julfekar



Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan. Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

Syiah Perlu Dipertahankan di Malaysia - Khalid Jaafar



Kebebasan berfikir dapat membela dan mempertahankan pengikut Syiah untuk mengamalkannya di Malaysia. Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, dasar liberalisme amat penting untuk Malaysia kerana dapat menjamin kebebasan orang ramai.

"Saya menegaskan liberalisme ini sangat penting untuk negara dan perlu diperkukuhkan kerana menjamin kebebasan untuk wartawan dan akan mempertahankan orang Syiah dan ahli sunnah wal jamaah.

13 September 2013

Warga Emas Mati Lepas Buat 'Projek'




Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di Muar, semalam.

Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi. Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama.

Video Terbaru BOBO Buat Hal Lagi!!!!




Masa mula-mula mamat ni buat video, ramai gak yang suka.. tapi lama-kelamaan rasanya makin ramai yang menyampah dan meluat.. mungkin ni salah satu cara Bobo nak lepaskan ‘tension’ dia…. Or salah satu cara untuk glamour…

Apa pun, layan jer laaa… terpulanglah pada semua untuk nilaikan macam mana…





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /