12 September 2012

SUARAM PERTUBUHAN HARAM, AGEN GERAKKAN GULING KERAJAAN DIKETUAI SOROS

Mudah! Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa SUARAM bukan pertubuhan berdaftar dan tidak mengemukakan sebarang pemohonan untuk didaftar ambil serta merta tidakan berladaskan undang-undang serta HARMKAN segala aktiviti melibatkan pertubuhan terbabit.

Bukti terbaru,mendedahkan penglibatan penyangak mata wang GEORGE SOROS dalam memberi dana untuk menjalankan aktiviti haram menggunakan SUARAM telah dikesan. Ternyata kewangan suaram selama ini ditaja oleh dana asing untuk menggulingkan kerajaan.    
Suaram Pertubuhan Tidak Berdaftar – ROS

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

 Dalam satu kenyataan pada Selasa, jabatan itu menyatakan bahawa rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, untuk pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966, Suaram perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.

Sebuah pertubuhan berdaftar perlu mengadakan mesyuarat agungnya dan mengemukakan penyata kewangannya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.

Suaram menimbulkan isu apabila dikaitkan secara langsung dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), yang menerima sumbangan dana daripada pihak asing. BERNAMA


SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /