Dengan adanya 7 projek mega ini, dijangka Malaysia dapat mengekalkan kedudukan ekonominya walaupun krisis ekonomi dunia yang belum pulih terutamanya di US dan Eropah.
Apabila menulis mengenai perkara ini, MyMassa teringat apa yang berlaku berbelas tahun yang lalu apabila George Soros melingkupkan ekonomi negara.
Ketika itu, Anwar Ibrahim masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Antara tindakan yang diambil oleh Anwar adalah meningkatkan kadar pinjaman sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia bangkrap. Oleh sebab itu, rakyat mula marahkan Kerajaan akibat dihimpit masalah kewangan. Seperti biasa Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Mahathir.
Setelah memecat Anwar Ibrahim, Tun Mahathir memanggil pakar-pakar ekonomi dunia untuk berbincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah krisis ekonomi yang melanda Malaysia. Dan akhirnya Tun Mahathir berjaya. Antara langkah yang dicadangkan adalah menambat mata wang ringgit serta menggunakan sumber kewangan dalam negara untuk menjana semula ekonomi negara.
Dan sebab itu, duit KWSP dan Tabung Haji digunakan. Dalam masa yang sama, pembangkang menuduh, menfitnah dan tohmah Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan melulu. Antaranya adalah menuduh projek mega Tun Mahathir sebagai punca krisis ekonomi. Sehinggalah ketika itu PAS berjanji bahawa mereka akan melelong dan menggadaikan PUTRAJAYA jika mereka berkuasa.
Sedihnya ketika itu, orang Melayu yang kurang kefahaman ilmu ekonomi dan kewangan terpedaya dengan fitnah PAS dan oleh sebab itu, undi dan sokongan orang Melayu pada pilihan raya tahun 1999 menurun.
Sebaliknya, Orang Cina yang lebih arif dalam bidang ekonomi dan kewangan berterima kasih kepada Tun Mahathir dan Barisan Nasional kerana polisi ekonomi dan kewangan yang diperkenalkan oleh Tun berjaya membawa Malaysia keluar dari masalah tersebut.
Beginilah nasib Malaysia jika Anwar Ibrahim memerintah. Suharto sedang tunduk, manakala wakil IMF berdiri dengan bongkaknya.
Kini Malaysia diancam masalah yang sama. Jika dahulu krisis ekonomi melanda Asia Tenggara, kini mangsa krisis kali ini adalah US dan Eropah. Jika Anwar Ibrahim masih lagi dalam Kerajaan dan memegang portfolio Menteri Kewangan, sudah pasti Anwar akan melutut kepada IMF (sumber luar negara) untuk meminjam wang.
Sudah pasti Anwar Ibrahim akan memperketatkan polisi kewangan sehingga rakyat terseksa akibat tidak dapat membayar pinjaman mereka kepada institusi perbankan. Sebaliknya, DS Najib yang berkelulusan ekonomi (tak macam Anwar yang hanya lulusan sastera) memperkenalkan Najibconomic yang menggunakan dana-dana dalam negara untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang. Dengan itu, terhasilnya projek-projek yang terkandung dalam GTP dan ETP seperti di atas.
Anda mungkin boleh melihat Anwar Ibrahim ketika ini menjanjikan dan bintang sekiranya dia berkuasa tetapi sejarah membuktikan bahawa Anwar hanya hebat ketika ekonomi dunia dan serantau stabil (bukan dalam krisis). Apabila negara mula dilanda krisis, Anwar terbukti mengambil langkah mudah dengan meminjam dari IMF.
Sekarang ini, terserah kepada anda sama ada hendak berpegang kepada fakta prestasi Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi atau terpedaya dengan dakyah, mainan persepsi serta termakan janji-janji manis Anwar.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan