MI melihat disetiap kawasan atau daerah yang strategik samada ianya kawasan kepadatan Melayu Islam atau tidak, janji ada 'ramai' bangsa kafir atau ada akses yang mudah berhampiran kawasan bangsa kafir maka wujudlah Restoran atau Kedai menjual Makanan Haram.
Fenomena menjual secara terbuka dengan konsep moden ini bermula di Shah Alam tidak lama selepas Pakatan Haram memerintah Selangor, kedai menjual DAGING BABI BEKU bermula di di Kemuning Greenville Seksyen 31 Shah Alam. Kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu yang agak besar di Shah Alam iaitu Kampung Jalan Kebun.
Manakala kedai tersebut pula terletak sebaris dengan sebuah restoran melayu serta premis perniagaan lain termasuk premis orang-orang islam. (gambar di bawah)
Shah Alam telah diistiharkan sebagai Bandar Melayu Bestari dan penduduknya juga telah ditetapkan 60 % adalah orang-orang melayu yang beragama islam.Sebarang premis perniagaan arak, judi, hiburan dan jualan daging babi secara terbuka tidak dibenarkan di Shah Alam.
Kini perniagaan yang kononnya boleh membawa banyak untuk dan francais baru mula dibuka di Selangor, Restoran Makanan Segera ala Mc Donald, Burger Babi keseluruhannya dan ianya bermula di "Shopping Mall" yang besar dan gambar di atas MI perolehi dari sahabat MI yang habiskan cuti panjang sempena Hari Malaysia.
Gambar tersebut diambil di Sunway Pyramid semalam dan ketika melintas di hadapan Restoran Burger Babi tersebut, bau masakan babi dapat dihidu hingga ke luar restoran. Apakah PBT Selangor meluluskan lesen dan permit perniagaan ini ? MI dengar bukan di Sunway Pyramid sahaja, di Setia Mall juga ada Restoran Burger Babi ini.
Apakah Selangor bakal setaraf dengan kota Bangkok ? Taiwan ? Hongkong ? yang ada segalanya ?
- Industri pelacuran sudah merebak hinggakan bangunan kilang dijadikan tempat melacur.
- Indusrti pelacuran yang berselindung disebalik rumah urut dan urut kaki juga mudah perolehi lesen.
- Kedai atau Pub tempat manusia memabukkan diri sendiri tumbuh di merata tempat termasuk di kawasan kepadatan Melayu Islam.
- Kedai runcit menjual arak berleluasa di Shah Alam, kalau tak percaya anda ke kedai runcit Alam Mega, dengan bangga jual minuman keras secara terbuka dan notis larangan menjual kepada orang Islam tidak dipamirkan.
Antara lakonan pakatan haram
Menghina Islam secara terang-terangan di Selangor
Kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu menjadi tumpuan ramai kaki botol termasuk remaja Melayu kerana tarikan harganya yang murah.
Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.
Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.
Pihak berkuasa pula seolah-olah ‘merestui’ urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.
Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan