29 Jun 2012

SELCAT akan cover-up Khalid isu padang PKNS

Tanah PKNS: Selcat belum ada 'petunjuk' siapa tukar status

28 Jun 2012

SHAH ALAM - Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil hari ini.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

FAKTA SCORPENE: Pembohongan Suaram & Pembangkang

BAGAI nak rak dan 'tercabut dunia' dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya 'Suara Keadilan' PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.

Dalam 'permainan licik' mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan 'terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan'.

PAKATAN KUAT RASUAH! FAKTA SCORPENE YANG MESTI ANDA KETAHUI!

Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

28 Jun 2012

MALAYSIA NEGARA SELAMAT

JOHOR BAHARU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
 
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
 
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
 
Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini, hari ini'.


Persamaan Reformasi Malaysia & Indonesia

Apakah makna disebalik kejadian ini semua..??? Apakah keuntungannya??? Patutkah???
Sama-sama lah kita fikir kan......

Lawatan Ke Jerman Serlahkan Betapa Dungunya MB Selangor

 

Menteri Besar yang paling tak berkualiti dalam sejarah negeri Selangor hari ni mengumumkan yang dia akan melakukan lawatan rasmi ke Jerman bagi menark pelaburan ke Selangor.

Dia akan mulakan lawatan rasmi yang tak berfaedah tu selama 5 hari dengan menggunakan duit rakyat serta hasil kutipan dari pembayar cukai di negeri tu.

Persoalannya, tahu ke Khalid gagap ni pasal pelaburan? Dan dia tahu ke macam mana nak jelaskan pada pengusaha-penguasaha kilang di Jerman tu pasal negeri Selangor?


PANASSS... KABINER BAYANGAN PAKATAN RAKYAT DIDEDAHKAN!!!

1PELURU.BLOGSPOT SAYS
Kalau disemak kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah kabinet bayangan. Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Australia dan Britaian pernah wujud kabinet bayangan. Benarkah?
Tetapi yang kami sedia maklum sebuah lagi negara yang juga mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika tidak sama sekali mempunyai kabinet bayangan. Ditambah lagi, rakyat Amerika sendiri pun tidak mendapat kepastian siapa ketua negara mereka untuk penggal-penggal yang akan datang, apatah lagi menteri kabinet jauh sekali. Itu semua hanya boleh diketahui selepas keputusan pilihanraya mereka diumumkan. Sampai begitu sekali…….....READ MORE

27 Jun 2012

PENIPUAN DAN SKANDAL DAP SELANGOR DI DEDAHKAN!!!!!

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

1.Selama ini,DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

2.Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih.Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali.negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa

Inikah Cara Mula-Mula Mat Sabu Mesej Normah?


Penganalisis: PRU13 diramal Disember 2012

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

"Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.

Rakyat Penang TUNJUK PERASAAN?

TUNJUK PERASAAN... Gambar Anggota Parlimen kawasan Bukit Gelugor Karpal Singh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dikoyakkan dari papan iklan yang dipacak di persimpangan Jalan Udini, George Town, Selasa.?

Mungkinkah rakyat di kawasan tersebut mula tunjuk perasaan kepada wakil rakyat mereka.? Walaubagaimanapun, wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Mansor Othman masih tertera pada papan iklan berkenaan. -foto BERNAMA

Ni lah petandanya gerombolan dah kering modal nak berkempen...

Ni lah petandanya gerombolan dah naik sasau dan angau...

Perbezaan UMNO & PAS???

Siapa ambil duit rakyat sebenarnya nie?? Inilah bezanya UMNO & PAS.... Cakap bukan main itu dan ini.... Tapi Hakikatnya.... Org PAS kene fikirlah sendiri...... Hmmm.....

#Mkini : Malaysiakini Mempromosi Perkauman

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”
Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?

Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.
Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Siapa nak siasat saya bagi 25 jam sehari kata Nik Aziz

"SAYA kata siapa nak siasat 25 jam saya beri. Bukan 24, 25 jam. Siasatlah." itulah reaksi spontan Tuan Guru Nik Aziz Nik mat ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan penyelewengan Kelantan Gold Trade, KGT Sendirian Berhad.

Tuan Guru Nik Aziz mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyiasat dakwaan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh media baru-baru ini.

PAPARAN JANJI PAS KELANTAN TIDAK TERLAKSANA - ANGKARA KORUPSI HUSAM MUSA SUNDAL MARUAH ISLAM..!!

Mungkin janji pembangunan mampu diracuni Nik Aziz dengan mendakwa Islam lebih pentingkan kualiti akhlak dan aqidah.

Akan tetapi jika Enakmen Syariah pun tidak mampu digubal sehingga hari ini, apa lagi relevennya pemerintahan Serambi Mekah yang dicanang PAS Kelantan?

BAB BERLAKON, PEMIMPIN PAS LAGI HEBAT BERBANDING ARTIS!!!


Dengor2 PAS ngan bangganya, ngan penuh keinsafan, ngan penuh nada cintakan tanahair, ngan semangat ketelusan dan keadilan..telah mengalu-alukan siasatan keatas Anwar Ibrahim atas dakwaan menyonglap berbillion2 tu..

Kemudian dengor pulak Anwar marah2 ler pulak...

He he sendiwara politik bebenor!!!

Golongan PAS yg tak berapa "ngam" ngan Anwar rasa pulih sikit semangat kepada kepempinan PAS yg ada sedikit pudar!!
Geng2 tak ngam ngan Anwar semada dari kem UMNO atau kem2 lain rasa "gembira" ngan aluan2 dari PAS utk adakan siasatan!!

Mohd Zin @zinmohamed Cabar @Khalid_Ibrahim Pecat Segera Faekah

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohd mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memecat setiausaha politiknya, Faekah Husin dengan segera.
Berdasarkan laporan berita yang menunjukkan Faekah memberi kenyataan yang salah, Mohd Zin berkata satu-satunya cara untuk menghentikan isu ini ialah dengan Khalid sendiri yang memecat Faekah daripada pentadbiran kerajaan negeri.
“Khalid telah memecat bekas pegawai khas beliau, Yahya Sahri pada tahun 2008 selepas Yahya dikatakan telah menyalahgunakan kepala surat kerajaan negeri untuk mengutip derma.
“Jadi, mengapa langkah yang sama tidak diambil terhadap Faekah? Mengapa bersikap ‘double standard’?.
“Kita akan tunggu dan lihat apa yang beliau (Khalid) akan lakukan terhadap setiausaha politik kegemaran beliau ini,” kata Mohd Zin dalam satu sidang akhbar di bangunan Umno Negeri, Selasa.
Faekah dilaporkan telah mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang memohon kontrak dengan kerajaan negeri.

KISAH BENAR !!! PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP ??? WAJIB BACA !!!

BADUTRAKYAT SAYS
Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR,watak,sikap,prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.masa DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu,PAS pula bertindak sebaliknya.Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

26 Jun 2012

BONGKAR!!! RUPANYA KHALID GAGAP PERNAH RAYU LANGSAIKAN HUTANGNYA...

Selamat menonton........ ;)

Kenapa Kaum Cina Tak Percaya Anwar?

Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.  

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka ‘berkembang’.   Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

PRU Di Sarawak Perlu Perbelanjaan Besar

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU Ke-13) di Sarawak berjalan dengan lancar.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, antara belanja paling besar untuk memastikan kelancaran PRU di negeri ini adalah belanja untuk sewaan.

“Belanja sewaan terbabit termasuk 777 buah perahu, 53 bot laju, 4,600 kereta termasuk kenderaan pacuan empat roda, 27 buah helikopter dan dua buah kapal terbang kecil.

Janji Kerajaan PAS Kelantan Yang Belum Ditunai


VOL 1 - Si Porno Lebih Layak Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 7

PAPAGOMO SAYS
Berat nak bercakap soal SEKS, malah dulu sebelum tersebarnya medium internet dengan pelbagai laman seperti Twiiter, Blog, Facebook, You Tube tidak tersembul cerita seks melainkan melalui buku buku yang dibuat dalam mematikan karier politik lawan tertentu. Tetapi kini dengan adanya media baru yang begitu efektif ianya memberikan satu tamparan kepada mereka yang mempunyai masaaah moral sepertimana Anwar Ibrahim.

Gomo hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang ada hari ini yang nampaknya lebih suka dengan penipuan dari kebenaran yang disampaikan oleh pemain politik baik dari Kerajaan ataupun pembangkang. Rakyat Malaysia hari ini lebih suka dengan cerita omongan kosong yang dijaja oleh parti politik walaupun hakikatnya janji yang lalu masih belum ditunaikan.


SPR, Harakah, Zulkifli Ismail Dan Orang Gila…

MYKMU SAYS
Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah muak dan bosan diserang dengan pelbagai dakwaan palsu, tohmahan serta fitnah jahat yang dilemparkan terhadap agensi bebas itu oleh pihak Pakatan Haram selama bertahun lamanya.

Ekoran tidak tahan lagi dengan segala tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan kreadibiliti mereka, SPR semalam telah bertindak balas dengan membuat satu laporan polis terhadap lidah rasmi PAS, Harakah, yang terkenal dengan pembohongan terancang.

Harakah melalui keluarannya pada Bilangan 1750, yang diterbitkan pada 21-24 Rejab 1433 bersamaan  dengan 11 hingga 14 Jun 2012, telah menyiarkan dakwaan Zulkifli Ismail, kononnya satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi.

25 Jun 2012

’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR – ’1Malaysia Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

05 Jun 2012

K-Pop: PAS Hanya Ingat Islam Bila Ada UMNO

APA yang PAS kecoh pasal K-Pop masa Himpunan Belia Negara (HBN) lepas pun penulis tidak tahu.  Penulis dapat tahu Ustaz takde kelayakan bernama Azhar Idrus bercakap panjang mengenainya semasa himpunan hijau PAS di Alor Setar Jumaat lepas.

(Yang sebetulnya tak puas hati programnya di PICC dibatalkan sebab dia takde kelayakan dan tauliah mengajar agama, tapi kepada K Pop dan HBN yang dialihkan geram.  Sikit-sikit K Pop, sikit-sikit K Pop).

SUARAM tuduh, Suruh kerajaan jelaskan? SUARAM la bukti dan jelaskan!

Kononnya penyiasatan oleh SUARAM melalui peguam perancis mereka berjaya kesan satu syarikat bernama Terasasi.

Awas kenyataan dan butiran dari SUARAM banyak konon-konon, cakap-cakap dan teka teka saja. Bukti tiada.

Dalam kenyataan akhbar kumpulan peguam mereka tiga orang, Terasasi dikatakan adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Razak Baginda dan isteri.

Dikatakan wang ada dibayar ke syarikat ini yang berpengkalan di Hong Kong.

Dikatakan juga ianya adalah syarikat yang diguna Razak Baginda untuk halalkan penerimaan komisyen dari Thales.

Dikatakan juga melalui ini juga ada wang komisyen diterima oleh Razak.

Lalu dikata bahawa Terasasi juga adalah laluan wang untuk UMNO menerima dana politik bagi membiayai kegiatan politik.

Timbul juga cerita rekaan mengatakan Thales menerima faks bahawa Najib minta komisyen USD1 billion. Takkan Najib begitu bodoh untuk minta komisyen hampair sama banyak dengan harga submarine Euro1 billion?

Too obvious!? Looks like a joke

LEBUHRAYA KOTA BHARU - KUALA KRAI ADALAH TALIAN HAYAT TERAKHIR PAS??

Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat di manipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah,peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum.Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011,PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Ramai Kagumi Kejayaan Malaysia – Najib


PUTRAJAYA – Ramai orang luar yang melawat Malaysia kagum dengan pelbagai kejayaan yang dicapai negara, dan mereka dilihat seolah-olah memiliki persepsi yang sama sekali berbeza dengan realiti dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata banyak petunjuk dalam negara yang memberikan gambaran jelas mengenai kejayaan yang dicapai negara selaras dengan pelbagai inisiatif kerajaan.
“Rupa-rupanya wujud jurang antara persepsi dan realiti di Malaysia, bagi sesetengah negara, realiti itu lebih buruk daripada persepsi, tapi bagi Malaysia persepsi nampak lebih buruk daripada realiti,” katanya semasa berucap di majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, hari ini.

03 Jun 2012

Gambar-Gambar Jijik Selepas Program Pas

Warna hijau sering dikaitkan dengan penjagaan alam sekitar dan alam semula jadi.

 Namun lain pula jadinya dengan perhimpunan hijau sebuah parti hijau yang selama ini kononnya merekalah jaguh Islam.

 Kebersihan juga menjadi kayu ukur untuk kita menilai sesuatu atau seseorang.

 Islam sangat mementingkan kebersihan , menuntut umatnya supaya menjaga kebersihan dan kebersihan sebahagian daripada iman.

 Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan oleh seorang pembaca dari Kedah kepada saya malam ini. Katanya gambar-gambar dibawah dirakamnya olehnya petang tadi di kawasan Stadium Darulaman dimana tempat Pas mengadakan perhimpunan hijau ke Putrajaya malam kelmarin.

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor

AYUH PEJUANG MAYA!!! 
KITA GEGARKAN KONVENSYEN MEDIA SOSIAL SELANGOR!!!

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 5 Jun 2012
Masa : 7.30 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewan Utama, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Ayuh hadir beramai ramai dalam menyatukan perpaduan kita pejuang Maya Pro Kerajaan

PAK LEBAI PAS AMBIL KESEMPATAN STIM FREE DALAM HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA!!!

THEFLYINGKICK SAYS
Cakap-cakap agama daripada orang PAS biasanya hanyalah retorik untuk menunjuk baik. Hakikatnya mereka juga seperti orang yang mereka umpatkan. Bahkan lebih teruk lagi, mereka berselindung di sebalik topeng agama untuk melindungi kebuasan nafsu masing-masing.
Itu yang berlaku dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darul Aman pada Jumaat lepas. Kita tidak kata kesemua yang terlibat dalam perhimpunan tersebut berperangai begitu. Lebih ramai yang berperangai sopan dan tahu menjaga batas susila.

Namun segelintir yang berperangai hodoh itulah yang memberikan cerminan kepada kegagalan pentarbiyahan PAS kepada ahli-ahlinya untuk mendidik hati. Pentarbiyahan menerusi pendekatan agama-politik, ternyata tidak memperbaiki hati atau mendidik nafsu agar meningkat maqamnya.


Tentang ‘Himpunan Hijau’ Yang Kita Perlu Tahu

PENULIS rasa ada beberapa perkara tentang acara Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam yang kita perlu tahu.  Bukan tentang kegagalannya (itu sudah pasti), tapi dari segi sejarahnya.

Sebenarnya ramai orang pelik kenapa acara besar seumpama ini diberikan nama Melayu, malah hampir nak sama dengan nama gerakan untuk menghalang kilang Lynas dari didirikan di Gebeng, Kuantan – Himpunan Hijau juga.  Adalah biasa bagi PAS ‘mengarabkan’ nama hampir semua acara yang dia terlibat, kecuali Bersih, sebab itu ada DAP (sekular) dan PKR (liberal) sebagai antara penganjur utamanya.

Rosaklah program kalau nama Arab digunakan.

Ketika mula dilancarkan pada 13 Mei 2012, nama yang ditetapkan Presiden PAS, Hadi Awang untuk himpunan tersebut ialah Ijtima’ Dan Munajat Perdana atau nama Melayunya secara rasmi ialah Himpunan Raksasa 100 Ribu PAS – bertujuan menandingi perhimpunan raksasa UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil yang diadakan pada 7 Mei 2012.

Ini pun menarik juga, sepatutnya Jun ini PAS ada muktamar tapi sanggup menangguhkannya ke bulan November kerana begitu terdesak untuk menyaingi UMNO yang berjaya mengumpulakan ratusan ribu orang di Bukit Jalil.  Hal-hal rasmi parti yang biasa dibincang di muktamar nampanya tidak berapa penting dibanding dengan menyaingi UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /