19 September 2012

Hot!!! Video Gangnam Style Al Jubs Sudah Tersebar!!!

Sekadar Hiasan

Bagi yang menantikan terbitnya video penuh warna- warni lakonan Al Jubs (KLIK SINI), PM ingin tegaskan sekali lagi bahawa video tersebut hanya akan berkumandang di udara sebaik sahaja Parlimen dibubar. Sebelum menonton aksi yang lebih panas, apa kata kita kasik warm up dulu klip ni.. Hehehehe...


7 Projek Yang Sangat Ditakuti Oleh Anwar!

Info yang menarik Keris dapat daripada blog MyMassa. ia berkisarkan tujuh projek mega yang memang tidak disukai oleh pembangkang.

Dengan adanya 7 projek mega ini, dijangka Malaysia dapat mengekalkan kedudukan ekonominya walaupun krisis ekonomi dunia yang belum pulih terutamanya di US dan Eropah.

Apabila menulis mengenai perkara ini, MyMassa teringat apa yang berlaku berbelas tahun yang lalu apabila George Soros melingkupkan ekonomi negara.

Ketika itu, Anwar Ibrahim masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Antara tindakan yang diambil oleh Anwar adalah meningkatkan kadar pinjaman sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia bangkrap. Oleh sebab itu, rakyat mula marahkan Kerajaan akibat dihimpit masalah kewangan. Seperti biasa Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Mahathir.

18 September 2012

NoPBT Selangor Luluskan Jual Daging Babi Secara Terbuka

Apakah undang-undang PBT Selangor sudah bertukar 100% sejak Pakatan Haram mengambil alih Selangor selepas PRU12 ?

MI melihat disetiap kawasan atau daerah yang strategik samada ianya kawasan kepadatan Melayu Islam atau tidak, janji ada 'ramai' bangsa kafir atau ada akses yang mudah berhampiran kawasan bangsa kafir maka wujudlah Restoran atau Kedai menjual Makanan Haram.

Fenomena menjual secara terbuka dengan konsep moden ini bermula di Shah Alam tidak lama selepas Pakatan Haram memerintah Selangor, kedai menjual DAGING BABI BEKU bermula di di Kemuning Greenville Seksyen 31 Shah Alam. Kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu yang agak besar di Shah Alam iaitu Kampung Jalan Kebun.

13 September 2012

Akhirnya Anwar Ibrahim Disahkan Gila Babi... Babi Pun Tak Gila Macam Dia!!!

Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal.   Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa.  Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya.

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee.   Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.

RM20 Juta Baki Wang KUIS Lesap?

Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

KEKALKAN KEAMANAN TAUTKAN PERPADUAN, SELAMAT HARI MALAYSIA!

Keamanan terbina hasil dari perpaduan jitu rakyat Malaysia…

12 September 2012

Anwar Cium Mulut Soros Melalui Suaram ?!

Anwar Cium Mulut Soros Melalui Suaram ?!
Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.  Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.

Nik Aziz Ahli Mesyuarat Tingkap? Baca ni!

Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

INIKAH MANIFESTO PAKATAN RAKYAT?

MUDAHNYA PAKATAN RAKYAT MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN JANJI2 PALSU...

Pertama sekali mari kita imbas apa makna MANIFESTO pada Tan Sri Khalid Ibrahim. Baca SINI.

Janji Bohong Pakatan Rakyat
Ok. Baiklah. Kita ambil hanya beberapa perkara dalam manifesto di bawah. Sepatutnya kerajaan negeri ada hak penuh untuk menjalankanya. Semua tahu, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang.

SUARAM PERTUBUHAN HARAM, AGEN GERAKKAN GULING KERAJAAN DIKETUAI SOROS

Mudah! Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa SUARAM bukan pertubuhan berdaftar dan tidak mengemukakan sebarang pemohonan untuk didaftar ambil serta merta tidakan berladaskan undang-undang serta HARMKAN segala aktiviti melibatkan pertubuhan terbabit.

Bukti terbaru,mendedahkan penglibatan penyangak mata wang GEORGE SOROS dalam memberi dana untuk menjalankan aktiviti haram menggunakan SUARAM telah dikesan. Ternyata kewangan suaram selama ini ditaja oleh dana asing untuk menggulingkan kerajaan.    

Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /