Georgetown –
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengenalpasti 20 lokasi panas tumpuan golongan ponteng puasa di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kawasan berkenaan bukan sahaja bertumpu di premis makanan malah di kafe siber, pusat snuker, pusat karaoke dan seumpamanya.
“Kerajaan negeri menerusi JHEAIPP akan melipatgandakan rondaan di semua daerah seawal pukul 7 pagi di lokasi berkenaan bagi membendung gejala maksiat dan salah laku sepanjang Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.