31 Mac 2014

Tok Guru Nik Aziz Diugut Bunuh


Ibarat meletakkan leher dipedang si Algojo,tu lah yang boleh aku katakan kepada seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, dimana dia telah mengugut bunuh Tuan guru dilaman sosial,facebook. Aku pelik betul ngan orang2 camni. Mende2 mcm ni bukannya boleh buat main2. Lelaki tu jugak dikatakan sanggup kene hukum gantung kalo dapat bunuh tok guru.

Aku rasa dia ni tak puas hati dengan kes tok guru kasi sound sape2 yang bantah ceramah politik di masjid. Kalo yea pon,tenang2 sudah lah..ni sampai nak bunuh2. Pelik-pelik..bagi aku la kan,khutbah atau ceramah kat masjid tu kita jangan terlampau sempitkan sangat dengan sekadar isu-isu agama je. Kita lebarkan dengan secara menyeluruh sesuai dengan Islam itu sebuah agama syumul,iaitu menyeluruh. Sedangkan nak masuk bilik air pon,kita turut disertakan dengan doa dan tata tertib.

Jadi aku rasa tiba masa kita jangan kongkong lagi peranan masjid dan pelbagaikan gaya penyampaian dan isi kandungan khutbah dan ceramah. Aku bukan ape..bosan tengok masjid jadi tempat hipnosis orang utk tido time khutbah. Tak sume,cume segelintir..bukan aku nak kutuk khatib yang bagi khutbah,tapi tolong la..penyampaian tu biar menarik supaya bukan yang duduk dalam masjid jek..amoi2 ke,apek ke, minachi ke yg terdengar khutbah pon boleh tertarik sama.

Aku ade kenalan bernama Yoga(Seorang hindu),dia ada cakap dia suka dengar khutbah yang menarik dengan sedap sebab dia kata dia suka kalo seseorang tu pandai berceramah dan mengajak ke arah kebaikan. Dan sepertimana yang kita tahu, semua agama mengajak ke arah kebaikan. Jadi, tak mustahil akan terbuka pintu hidayah buat Yoga kalo bentuk penyampaian khutbah bukan lagi sekadar membaca tetapi lebih kepada memahami dan menjiwai.

Macam kat dalam AF tu,kalo xde feel,mesti kene kritik,kan? sebab tu pentingnya khatib menjiwai khutbah yang bakal disampaikan dan teks tu kalo boleh bukan sekadar isu agama semata,biarlah menyeluruh. Oh..pasal kes ugut tok guru tu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman,berkata yang kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan

28 Mac 2014

Ustaz Azhar Idrus pertahankan "Raja Bomoh"


Azhar Idrus
28 Mac – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zain dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan khurafat.

26 Mac 2014

Kotak hitam bukan jawapan


KUALA LUMPUR: Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.

02 Mac 2014

@NjibRazak @HishammuddinH2O @Khairykj BLOGGER UMNO, ‘HANTU RAYA’ DAN RASUAH, @ahmadmaslan PERLU SAMAN UTUSAN



Akhbar arus perdana, Mingguan Malaysia hari ini melemparkan dakwaan secara terbuka kepada Umno yang dikatakan ‘menyimpan blogger hantu raya’ sehingga menyebabkan gerakan parti itu tidak bermaya, layu dan syok sendiri dengan isu remeh bertaraf seluar dalam.

Tentera Kacang Merah Dan Blogger Hantu Raya’



SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), cerita tentang Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) banyak didedahkan. Mereka didakwa tentera komuniti siber peliharaan DAP dan melancarkan perang psikologi sejak PRU-12 tahun 2008.

Mahkamah Berat Sebelah - Wan Azri



KUALA LUMPUR 28 Feb - Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

'Muka macam saya tapi bukan saya'



KUALA LUMPUR 28 Feb. - "Muka macam saya. Tapi bukan saya."

Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000.

Muhammad Azri perlu bayar ganti rugi RM800,000



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog Papagomo.

01 Mac 2014

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun



Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

MoU Air, Khalid Mula Menerima Tekanan Dan Serangan Dari ‘Dalam’



Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.

Saman Pil Kuda, PKR Jatuhkan Maruah Presiden Pas



Para penyokong Pas menyelar kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa agar kes saman malu antara bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /