PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha memberitahu suaminya, Rizal Ashram Ramli bahawa dia mengharapkan kandungan keduanya dikurniakan seorang lagi bayi lelaki kerana ingin menubuhkan sebuah pasukan sukan Polo apabila anak-anaknya dewasa kelak.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, biarpun kehamilannya itu tidak dirancang namun dia dan suaminya begitu gembira dan teruja dengan rezeki diberikan Allah kerana anak adalah harta dunia dan akhirat buat mereka berdua.
“Alhamdulillah suami gembira dengan berita kehamilan saya dan mengharapkan agar dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki untuk dijadikan sebuah pasukan Polo.
“Sekarang sudah ada tiga (suami, Rayqal dan Rayfal) jadi perlukan seorang lagi untuk lengkapkan satu pasukan Polo kerana sukan itu memerlukan empat pemain. Insya Allah, apa pun saya terima,” katanya kepada mStar Online.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayfal Ramli yang kini berusia setahun.
Dalam pada itu, mengulas mengenai sikap berdiam diri mengenai kehamilan tersebut sebelum ini, Fasha berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan masih terlalu awal untuk dikongsi kepada peminat.
Namun kata Fasha, keadaan perutnya yang kelihatan besar daripada sebelum ini membuatkan peminat mengetahui lebih awal sebelum dia sempat berkongsi berita gembira itu dengan mereka.
Sementara itu, Fasha berkata, usia kandungannya kini sudah mencecah tiga bulan dan dia dijangka bersalin pada pertengahan November depan.
Kata Fasha, kehamilannya kali ini dipermudahkan kerana dia tidak mengalami sebarang alahan atau pun mengidam perkara-perkara pelik seperti kebiasaan wanita hamil.
“Alhamdulillah setakat ini kandungan berada dalam keadaan baik dan jantina anak masih lagi belum kelihatan dan mungkin pada pemeriksaan selepas ini baru akan nampak.
“Bagaimanapun saya tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan kerana paling penting anak yang dilahirkan nanti sempurna dan sihat,” katanya.
Fasha dijangka bersalin pada pertengahan November depan.
Dalam perkembangan sama, Fasha berkata, dia akan menyelesaikan sebuah projek drama bersiri dengan TV3 berjudul Selamat Pengantin Madu sebelum mengambil peluang untuk berehat dan memberikan tumpuan kepada kandungannya.
“Kebetulan dalam drama 13 episod itu saya memainkan peranan watak isteri yang mengandung dan selepas selesai penggambaran saya akan berehat,” ujarnya.
Selain Selamat Pengantin Madu, Fasha juga sibuk dengan peranannya sebagai duta produk Slim World dan Avon.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan