KUALA LUMPUR – Pas menangguhkan cadangan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di sini hari ini dan diumumkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan yang dibaca oleh timbalan beliau, Mohamad Sabu.
Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat susulan pembentukan Jawatankuasa Teknikal oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan yang bersetuju untuk meneliti semula isu-isu teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993.
“(Penangguhan) ini bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal berkenaan meneliti dan merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya (ke arah pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan),” katanya.
Sementara itu, Mohamad, pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini berkata, pihaknya akan memberi ruang sepenuhnya kepada jawatankuasa berkenaan yang akan bekerja secara kerajaan dengan kerajaan.
“Ini jawatankuasa antara kerajaan dan kerajaan, bukan antara parti dan parti, jadi (kita kena) seriuslah,” katanya.
Apa pun, kata Mohamad, pihaknya akan memastikan undang-undang hudud itu akan dapat dilaksanakan di Kelantan.
Ditanya sama ada keputusan itu sudah dimaklumkan kepada rakan sekutu dalam PR, Mohamad berkata, pihaknya tidak berbuat demikian.
“Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini,” katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada April lalu, mengumumkan kerajaan Negeri akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen yang jika diluluskan, akan membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 yang berteraskan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Anggota Parlimen Pas dari Kelantan mengikut undang-undang yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Cadangan itu yang disambut baik oleh Umno. tetapi dibantah oleh rakan sekutu Pas dalam PR, terutama DAP.
MCA turut membantah cadangan itu serta sokongan Umno kepada usaha Pas mahu melaksanakan hudud.-SH.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan