31 Julai 2013

Isu Makan Ditandas, MIC Sokong Tengku Adnan


Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan menyokong penuh kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan kontroversi penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak sebelum ini yang mengaitkannya dengan perkauman adalah tidak relevan.

"Saya berasa kecewa dengan sikap pihak-pihak yang memfitnah dan menuduh guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd. Noor tidak bertanggungjawab sedangkan apa tindakan yang dilakukan olehnya adalah wajar daripada membiarkan murid makan di tepi longkang.

"Saya secara peribadi telah turun padang menyiasat perkara ini dan mendapati ia adalah bilik persalinan, bukannya tandas.

SKMM Diarah Siasat Lelaki Hina Islam


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk ''1 Hari Di Hari Raya'' yang disiarkan dalam laman YouTube. 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. 
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. 
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. 

30 Julai 2013

Penayangan Filem The New Village Tak Perlu


Kebenaran tayangan filem The New Village perlu ditarik balik daripada dipertontonkan kepada umum pada Ogos ini sekiranya filem tersebut benar-benar mengagungkan perjuangan komunis serta mencetuskan provokasi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, biarpun hanya menonton sedutan filem berkenaan, namun beliau menyifatkan The New Village sebagai satu usaha menulis semula sejarah negara dengan mengangkat perjuangan pengganas komunis.

"Walaupun betul komunis melawan British, namun keganasan itu tidak boleh dimaafkan. Kelulusan tayangannya juga menimbulkan tanda tanya kerana jelas wujud double standard. Sedutan filem yang jelas menunjukkan pengganas komunis dilepaskan begitu sahaja.

Pendedahan Jasbir Bukti Suaram Cipta Pembohongan


Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.  Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal.

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.  Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.

29 Julai 2013

Syiah: Beranikah PAS Singkirkan AJK Pusat Mereka?


Aku melihat PAS buat kenyataan berani apabila beri komitmen untuk menyingkirkan ahli parti tersebut yang menganut fahaman syiah.  Dalam hal ini, aku petik kenyataan ahli majlis syura PAS, Zaharudin Mohammad kelmarin bahawa parti itu akan memecat serta merta ahli parti tersebut yang terlibat dengan ajaran syiah.

Tapi persoalannya sekarang, berani ke PAS tu?

Sebab aku tanya ni, dari apa yang dimaklumkan oleh sumber dalam parti itu, jumlah ahli PAS yang terlibat ni bukan sikit, tapi ramai.  Malah, bukan setakat itu saja masalah, aku dimaklumkan ramai di antara yang dikatakan terlibat ini pegang jawatan tinggi dalam parti tersebut.

Ada yang jadi Timbalan Presiden, ada yang jadi Pesuruhjaya PAS Negeri, AJK Pusat dan sebagainya.  Macam mana PAS nak singkirkan semua orang-orang ni?

ANWAR, AMBIGA SAMA-SAMA KAKI KELENTONG RAKYAT


Selepas Anwar Ibrahim, pengerusi bersama Bersih, S. Ambiga dilihat sebagai tokoh pro-pembangkang paling kuat kelentong dan pembohongannya.

Semasa melancarkan inisiatif Bersih 1.0, Ambiga berjanji memastikan pergerakannya yang diasaskan bersama-sama pemimpin badan bukan kerajaan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik, samada parti kerajaan.

Malah dalam ucapannya di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ambiga berkata perarakan Bersih untuk menuntuk reformasi kepada proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan mana-mana parti politik mengetuai bantahan jalanan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /