29 Julai 2013

Syiah: Beranikah PAS Singkirkan AJK Pusat Mereka?


Aku melihat PAS buat kenyataan berani apabila beri komitmen untuk menyingkirkan ahli parti tersebut yang menganut fahaman syiah.  Dalam hal ini, aku petik kenyataan ahli majlis syura PAS, Zaharudin Mohammad kelmarin bahawa parti itu akan memecat serta merta ahli parti tersebut yang terlibat dengan ajaran syiah.

Tapi persoalannya sekarang, berani ke PAS tu?

Sebab aku tanya ni, dari apa yang dimaklumkan oleh sumber dalam parti itu, jumlah ahli PAS yang terlibat ni bukan sikit, tapi ramai.  Malah, bukan setakat itu saja masalah, aku dimaklumkan ramai di antara yang dikatakan terlibat ini pegang jawatan tinggi dalam parti tersebut.

Ada yang jadi Timbalan Presiden, ada yang jadi Pesuruhjaya PAS Negeri, AJK Pusat dan sebagainya.  Macam mana PAS nak singkirkan semua orang-orang ni?

Kalau ahli biasa tu mungkinlah mudah, tapi yang jadi pemimpin atasan tu, bukan boleh pecat macam itu sahaja, ada prosedur dan peraturan tertentu yang perlu diikut.

Lagipun bagaimana nak ditentukan orang terlibat syiah ni?  Dia sembah tuhan itu juga, anut agama yang sama, cuma amalan itu sahajalah yang ada berbeza-beza sikit.  Di samping itu perlu juga ditentukan sama ada pemimpin/ahli berkenaan betul-betul menganut fahaman syiah ataupun setakat ada kaitan saja.

Justeru, bukan mudah bercakap saja nak pecat ahli syiah ni macam yang dilontarkan Zaharudin.  Walaupun Zaharudin duduk dalam majlis tertinggi PAS (Majlis Syura), tapi itu tidak beri kuasa penuh pada dia untuk pecat sesiapa juga yang dia mahukan.

Aku harap PAS merujuklah dulu kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ambil keputusan untuk pecat pemimpin parti tersebut yang dikatakan mengikut ajaran syiah ini.  Sebab ada di antara mereka ini sudah ada 'nama' dalam Pakatan Rakyat.

Pendek kata, ini bukan masalah PAS sahaja, ini masalah semua orang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /