Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Datuk Seri Najib,BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu. Malah dari segi populariti diantara Datuk Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi,ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS,Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja.
Dengan kata lain,responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini,lagilah tak termampu menandingi rekod kerja buat Datuk Seri Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat,jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.Apapun,yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas,pro BN mahupun oleh PR sendiri,satu kesimpulan yang sama diperolehi,BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.
RENUNG-RENUNGKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan