03 Februari 2013

Skandal Ahli Majlis Syura Dibeli Orang Berpengaruh

Tunggang langgang dibuatnya Majlis Syura Pas apabila menguruskan isu Nasharudin Mat Isa. Ada yang setuju, yang membangkang tak kurang hebatnya dan ada juga yang meminta dikaji semula keputusan tersebut. Isu Nasharudin bersama-sama PM ke Gaza pada hujung bulan lepas benar-benar menyinggung hati dan perasaan Nik Aziz sehingga keputusan yang dibuat berdasarkan rasa amarah dan bukannya dengan bermuzakarah.

Keputusan pemecatan Nasharudin dibuat berdasarkan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Jan, tapi Nasharudin mengikut rombongan PM pada hujung Jan. Di sini sahaja dapat menggambarkan bahawa keputusan sebenarnya telah pun dibuat hanya menunggu masa yang sesuai. Tak tahulah permainan apa yang cuba dimainkan oleh Majlis Syura.

Timbul persoalan, pertama, kenapa isu Nasharudin mendapat respon yang begitu cepat tanpa memberi peluang kepadanya membela diri? Sedangkan umum tahu pemergiannya ke Gaza dalam usaha menyatukan dua kumpulan Islam yang bertelingkah agar perpaduan Islam dapat diwujudkan. Samalah halnya dengan penyatuan Umno-Pas dimana beliau bertindak sebagai orang tengah. Namun, sama ada di Gaza atau di Malaysia, Pas nyata tidak menyenangi sebarang usaha perpaduan ummah.

Kedua, kenapa Majlis Syura berlengah-lengah dalam isu kalimah Allah dan isu akidah yang lain?  Isu kalimah Allah diperlakukan seperti bola, ditendang ke sana, ditendang ke sini...tiada pegangan yang kukuh dalam menangani isu ini.  Cukup panjang masa yang diambil iaitu seawal tahun 2007 lagi  sebelum Majlis Syura membuat keputusan menolak penggunaan kalimah suci digunakan oleh agama lain awal tahun ini. Itu pun ada usaha oleh Karpal yang cuba memujuk Pas agar keputusan Majlis Syura dikaji semula. Jahanam!!!Hebat sungguh ulama Pas menangani isu akidah.

Tidak pentingkah isu akidah di mata ulama Pas? Begitu juga apabila Hasan Ali mengutarakan tentang permasalahan murtad yang berlaku di Selangor, Pas bertindak mencari jalan untuk menjatuhkan beliau dengan alasan bertindak tidak selari dengan dasar Pas.

Majlis Syura lebih suka menjalankan tindakan tata tertib ke atas ahlinya berbanding melihat isu akidah sebagai sesuatu yang serius. Kalau bab pecat memecat serah sahajalah kepada Majlis Syura, dalam masa 24 jam mana-mana ahli yang tidak berkenan dimata mudah dipecat. Tapi bila bab akidah...Majlis Syura akan pusing selagi boleh, mencari alasan menjaga hati kawan pakatan. Jika inilah tugas sebuah badan tertinggi dalam Pas, ianya bolehlah diibaratkan seperti sebuah biro tatatertib sahaja. Bukannya sebuah badan yang menjaga kepentingan agama. 

Lantaran itu maka wujudlah persoalan, benarkah elaun ahli Majlis Syura dibayar oleh orang tertentu yang berpengaruh menentukan hala tuju majlis mengikut kehendaknya? Janganlah gah hanya pada nama yang dipinjam dari perkataan arab untuk menunjukkan Pas parti Islam, tapi praktiknya jauh menyimpang dari matlamat penubuhannya. Mungkin ada kebenarannya yang Majlis Syura mengikut telunjuk orang tertentu, yang bernafsu tinggi, yang ingin berkuasa dan yang meletakkan politik mendahului syarak. Buktinya dari fakta yang dinyatakan di atas.

Nik Aziz sendiri bukannya dengan rela hati menerima keputusan Majlis Syura tapi lebih kepada terpaksa. Itu pun setelah Harun Din berkeras. Jika tidak dengan ketegasan Harun Din, nescaya Majlis Syura akan menjadi Majlis Bubur Assyura atau pun Majlis Syoru.


SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /