30 Ogos 2013

Pelakon Macho 'Prison Break' Wentworh Miller Mengaku Punyai Minat Seperti 'ANUwar'




Tindakan pemain utama dalam siri popular Prison Break iaitu Wentworth Miller yang menolak undangan untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa St Peterburg di Rusia telah mendedahkan orientasi seksual sebenar aktor macho tersebut.

Wentworth cuba untuk menyuarakan bantahan terhadap kerajaan negara tersebut yang mendiskriminasi golongan homoseksual yang difahamkan telah berlaku sejak 1993. Pelakon yang berasal daripada United Kingdom ini secara terbuka bercakap bahawa sebagai seorang homoseksual, dia tidak boleh menerima undangan daripada kerajaan yang mendiskriminasi golongan sepertinya itu.


Tindakannya itu telah mengejutkan ramai pihak yang tidak pernah menyangka bahawa Wentworth yang kini berusia 41 tahun tersebut merupakan seorang homoseksual. Dia yang menjawab undangan yang dihantar oleh penganjur menerusi pengarahnya, Maria Averbakh memberitahu bahawa dia akan menjadi permasalahan buat negara itu sekiranya dia dia menghadiri festival tersebut.

Walaupun isu LGBT masih lagi belum diterima secara terbuka, tindakan yang dibuat oleh pelakon tersebut dianggap sebagai suatu perjuangan yang mendapat pelbagai reaksi rakan artis malah disokong sepenuhnya oleh peminat Wentworth yang kini mula menulis skrip.

Sebilangan selebriti dilihat memberikan reaksi positif atas tindakan Wentworth antaranya Ellen DeGeneres, Neil Patrick Harris, Andy Cohen, Jesse Tyler Ferguson, Darren Young, Rose McGowan yang majoritinya pengamal homoseksual. Lady Gaga dan Beyonce juga tidak ketinggalan menyumbang dan menyokong bantahan tentang undang-undang di negara Soviet tersebut.

Hal ini tercetus berikutan pengumuman kerajaan mengenai undang-undang baru negara yang mengharamkan sebarang propaganda yang menjurus kepada pertemuan, acara pesta dan apa sahaja perkara yang berkaitan dengannya kerana bimbang akan memberikan gambaran jelas kepada kanak-kanak.

Hero bagi Poison Break ini yang kini bergelar penulis skrip untuk sebuah filem, Stroker yang akan ditayangkan tidak lama lagi itu dilihat seperti seorang pejuang yang berjaya menundukkan musuh dgn begitu berani mendedahkan orientasinya yang mendapat tentangan seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /