30 Ogos 2013

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali




Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.

“Saya nafi dengan keras,” katanya.


Ahad lepas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek. Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.

“Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.

Sementera itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan,” katanya yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /