13 Januari 2013

HKR Gagal Sebelum Bermula

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah kegagalan sebelum ia bermula, itu rumusan yang boleh dibuat.

Dan petang tadi, ia terbukti apabila kehadiran peserta tidak mencapai 10 peratus pun daripada jumlah asal yang dijanjikan.

Mungkin ini adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gelojoh meletakan angka dalam himpunan yang dibuat.

Itu adalah sindrom ‘over confident’ dan sindrom seperti itu kerap memakan diri.



Isunya mudah…bila anda mencanangkan jumlah satu juta…maka haruslah ia mencapai satu juta. Paling tidak setengah juta pun ok lagi…kata orang boleh tutup sebelah mata.

Bila tidak…maka apa ertinya? Ertinya ia sudah gagal. Semudah tu sahaja.

Sebenarnya HKR telah gagal dari hari pertama lagi…bukan hari ini.

BACA: Koleksi Gambar Paling Lengkap Himpunan Kebangkitan Rakyat

Pemilihan Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung 30,000 orang sudah mencerminkan betapa penganjur sendiri tidak yakin dengan jumlah yang mereka canang.

Memang betul tidak ada stadium yang mampu menampung 1 juta orang, tetapi kalau guna stadium Bukit Jalil dengan kepasiti berkali ganda, nampaklah keyakinan penganjur dengan jumlah kehadiran.

Jangan bagi alasanlah di luar stadium ada ratusan ribu lagi apa semua…memang ada peserta tetapi tidaklah mencapai jumlah itu okay.

Poster dan macam-macam lagi pelekat dan t-shirt dengan gagahnya menyebut 1 juta rakyat…yang datang berapa…50 000, 60 000 atau 100,000 orang… itu bukan satu juta.

Persoalannya mengapa ia tidak mencapai jumlah itu?

Mungkin sebab ia mustahil…

Mungkin juga sebab pemilihan Mat Sabu sebagai bos HKR sendiri sudah mencerminkan satu kegagalan.

Tolonglah ok…Mat Sabu dengan tokey karpet Deepak Jaikishan rasanya setaraf aje.

Letaklah seorang yang benar-benar ada karisma…seorang yang bila dia berjalan pun orang dah rasa hormat..belum lagi masa dia bukak mulut.

Ini Mat Sabu…bukak mulut aje…lepas lima minit dah umum hendak kutip derma….tak salah…tapi bila Mat Sabu cakap;“Hari ini kita mahu kutip sekurang-kurang setengah juta ringgit.

“Kamu datang kamulah yang bayar,” ….what la you bro! Itu benda biarlah pengacara yang cakap..bukan bos program yang cakap.

Satu lagi….apa matlamat yang hendak dicapai hari ini…

Kalau ikut Mat Sabu nak capai kutipan setengah juta lah kan.

Dengar kata ada 8 tuntutan …antaranya memartabatkan bahasa kebangsaan…

Maaf yea…salah seorang jurucakap dari DAP siap sebut….Rakyat Jelita….bukan Rakyat Jelata.

Tuntutan yang dibawa tidak mencerminkan sebahagian peserta yang hadir. Nasib baik hanya 8 peratus sahaja yang hadir adalah dari kalangan ahli DAP, kalau tidak entah apa-apa istilah lagi yang akan didengar.

Kalau kita lihat dari segi tuntutan, ambil contoh Bersih…ia membawa satu mesej, tak kisah la mesej tu betul ke tidak, tapi yang penting satu benda…so orang senang faham.

Masa Bersih kita tak tengok orang persoalkan Apa…tapi lebih bertumpu kepada Kenapa…tapi di bawah Mat Sabu…ramai jugak yang bertanya Apa…apa objektif…apa sasaran…apa punya perhimpunan ni?

Kalau dilihatkan…apa yang hendak dipertontonkan ialah…kami pembangkang dan kami ramai penyokong…kami boleh berkumpul pada bila-bila masa.

Ok….

Namun bila berkumpul, semua isu yang diutarakan seperti royalti minyak dan alam sekitar adalah isu lama…isu yang sudah dijawab kerajaan berkali-kali.

Hakikatnya pihak pembangkang dilihat hanya mengemukakan isu-isu yang berbentuk harapan tanpa langsung menyentuh isu-isu berhubung kesepakatan dan kesekataan Pakatan Rakyat dalam hal seperti Kalimah Allah serta sikap DAP yang langsung tidak memberi muka kepada ahli Melayu dalam parti mereka.

Sayang…

Himpunan yang sepatutnya mencerminkan bahawa pembangkang dan Pakatan Rakyat benar-benar sudah mendapat sokongan majoriti dan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran berakhir tanpa sebarang kesan yang abadi…di akhirnya yang tinggal cumalah Abby Abadi sahaja.



SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /